September 05, 2014

Pakai BMW, Orang Malaysia Kaya-Kaya?

Petikkan dari facebook seorang rakan. Sangat-sangat benar. Persepi orang luar yg tidak tahu 'hakikat' sebenar tentang Kereta Mewah di Malaysia. Definisi kaya bagi pandangan aku ialah orang yg tiada hutang. Walaupun cuma berkereta kancil atau motor kapcai.

MALAYSIA RAMAI ORANG KAYA ::

Seorang warganegara UK dtg ke Malaysia utk bekerja. Selepas beberapa minggu, dia pun memberitahu rakan sekerja Malaysianya, iaitu rakan saya, katanya : "Malaysia ni memang ramai betul orang kaya ye"


Kawan sy bertanya : "kenapa kata begitu?"
Jawabnya : "Sebab saya lihat di sini ramai org bawa kereta mewah, BMW, Merc, Porsche etc. Kalau di UK, hanya org kaya2 saja mampu beli keta sebegitu."


Kawan saya hanya diam.

Rakan sekerja UKnya menyambung : "yalah, mana nak mampu. Di UK, rata2 org bergaji 3-6k pound. Yg kaya2 ada yg sampai 10k pound. Maka, kalau ambil loan 1 thn cukupla bayar BMW 3series sekitar 40-50k pound atau kl kaya bole beli BMW sporty coupe sekitar 100k pound. Kalau gaji tinggi sikit, bank bagi ambil loan 3 thn"

Kawan saya senyum dan berkata : " Di Malaysia, bukan ramai yg kaya. Tapi sebab mereka berhutang kereta selama 9thn! Dan harga kereta kami 3-4 kali lebih mahal dari harga yg kamu sebut tadi"

Rakannya dari UK diam terus. Baru mengerti realiti di sini tidaklah seindah yg dilihat

Note : Sebahagian org selalu silap bila compare harga barang di Malaysia dgn di luar negara. Bila BMW di UK berharga sekitar 50K pound maka tidak wajar utk convert ke RM utk compare.

Tp harga di compare dengan ratio gaji rakyatnye. Contohnya di UK, BMW 3 series 50K / 3k = hrga kereta 16 kali ganda. Di Malaysia 250K / 3k = harga kereta 83 kali ganda !!

No comments: