October 21, 2014

Ribut dan Puting Beliung di Pandamaran, Klang

Kejadian petang tadi. Ini hanya peringatan kecil dari Allah. Hentikanlah segala pesta arak, pesta anjing, pesta maksiat, dan macam-macam pesta lagho lagi. Apakah mahu menunggu bala menghempap kepala sendiri baru mahu menyesal? Berita dibawah aku ambil dari oomedianetwork.com. Gambar2 pula dari perkongsian rakan2 facebook penmerah [dot] com. Video dari youtube.

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.


Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak. Katanya, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah di bangunan tinggi

Terkini, sebuah video yang menunjukkan puting beliung melanda kawasan Pandamaran tersebar meluas di aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.









Hujan setiap petang hingga November - Jabatan Meteorologi 17 Oktober yang lalu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar orang ramai dinasihati tidak berada di kawasan lapang ketika musim hujan sekarang yang berlaku disebabkan peralihan monsun.

Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang akan sering berlaku semasa tempoh berkenaan selain boleh menyebabkan berlakunya puting beliung. Walaupun tempoh hujan dan ribut petir berlaku antara setengah jam hingga tiga jam namun sebarang aktiviti luar adalah merbahaya.

No comments: