December 31, 2014

Selamat Tinggal Sayang

Sebentar lagi 2014 akan melabuhkan langsir tirainya. 2015 pula akan muncul...Insyaallah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja aku melalui alam remaja...dan zaman kanak-kanak. Masih terbayang di ingatanku ketika tinggal di rumah kampung atuk-nenekku.

Semua gambar ada iras dengan kisah ini

Walaupun mereka mempunyai dua rumah, tapi lebih suka tinggal dirumah lama tepi sawah, dekat sungai. Manakala rumah di perumahan Merapoh pula, hanya balik seminggu sekali. Sekadar menjengah. Kucing kesayangan atuk-nenekku warna kelabu pun akan ikut sekali setiapkali kami berulang-alik antara kedua rumah tersebut. Tak jauh mana pun, cuma berjalan kaki. Bolehlah untuk pecahkan lemak perut agar tak buncit.

Bumi Kelantan Selepas Banjir Dec 2014

Bumi Kelantan selepas dilanda banjir yang dasyat. Puluhan ribu rumah musnah, harta-benda rosak, dan lenyap dibawa arus. Ada yg kembali kerumah, namun hanya tapak rumah yg tinggal. Dan tak kurang juga yg termenung melihat rumah roboh dan hancur ditelan banjir. Apatah lagi yg memiliki rumah, tetapi semua barang dan harta didalamnya ranap dan musnah sama sekali. Sesungguhnya segala sesuatu itu adalah milik Allah.......bersabarlah menempuh dugaanNya. Allah pasti akan gantikannya dengan yg lebih baik. (Nasihat untuk diriku juga).

December 30, 2014

Serpihan Dan Mangsa Pesawat QZ8501 Air Asia Ditemui

Kerajaan Indonesia melaporkan menemui serpihan yg dipercayai milik pesawat Air Asia QZ8501 seperti dalam gambar berserta dengan jasad seorang penumpang yg telah kembung dikawasan perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Setakat ini laporan berita tv melaporkan sudah 40 jasad korban Air Asia QZ8501 ditemui. Laporan myMetro menyebut tiga hingga empat jasad ditemui dalam keadaan berpegangan tangan oleh pasukan penyelamat Indonesia.

Tangisan ahli keluarga penumpang yg tidak dapat menahan kesedihan

Balik Pulau, Pulau Pinang Dilanda Ribut

Baru baca laporan tentang kejadian ribut malam semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang. Takziah kepada mangsa terlibat. Katanya ribut tersebut berlaku sekitar pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Ratusan buah rumah rosak akibat ribut tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan banyak pokok tumbang dan menghalang jalan. Malah ada yg tercedera. Nampaknya macam² berlaku di Malaysia dalam tempoh setahun saja.

December 29, 2014

Kuala Krai Selepas Banjir Umpama Tsunami

Gambar dari fb siakap keli, king jason, dan penmerah. Keadaan suasana penempatan Manek Urai, Kampung Pahi, dan Kampung Manjor, di Kuala Krai tak ubah seperti dilanda tsunami. Kemusnahan harta benda yg sangat dasyat dapat kita saksikan. Berat ujian buat mereka, semoga mereka tabah. Tak dapat dibayangkan jika kita berada ditempat mereka?

December 28, 2014

Jengka 8 Meruncing Dilanda Banjir

Gambar2 fb yang dikongsikan oleh netizen SPJ ini adalah gambar banjir di Jengka 8. Jengka 8 ni kiranya jirankulah. Sebab jengka kami Jengka 16. Tak jauh pun. Last aku datang masa kecil2 dulu, sekarang usia yg dah beranak-pinak. Kisah yg pernah aku coretkan ketika pergi ke Jengka 8 dulu adalah tentang pengalaman seram ketika zaman kanak-kanak ding dang. Jangan terpengaruh sangat. Tu cuma pengalaman misteri tak terungkai. Sekarang kalau ada pun ke Jengka 8, hanya lalu-lalang saja ketika nak ke Jerantut atau balik Merapoh dari jengka.

Khabarnya, banjir ini agak teruk, laluan Bandar Jengka ke Jerantut melalui Jengka 8 ditutup, malah ada bantuan dari pihak keselamatan (seperti dalam gambar) kerana banjir yang krtitikal. Aku harap wan saudaraku yg tinggal di Jengka 8 ini tidak mengalami banjir. Tapi, tak tahulah. Tak ada nombor contact. Baru saja jumpa mereka beberapa minggu lepas di majlis kenduri kahwin saudara kami di Jengka 14.

Pesawat Air Asia Dari Indonesia Menuju Singapura Hilang

Benarkah berita yg aku petik dari Thestar dan Astroawani ini? Penerbangan Air Asia dari Surabaya, Indonesia menuju Singapura  terputus hubungan dan hilang dari radar. Pihak kementerian Indonesia akan memberi keterangan rasmi berhubung kehilangan tersebut.

December 27, 2014

Melangkah Terpaksa

Benarkah Ramai Terkorban Dalam Banjir di Kelantan?

Aku masih berjaga....ok, aku mengaku layan feeling. Dok dengar lagu Azie - Melangkah terpaksa. "Apa tak ada pekerjaan kah suzi?" Kononnya seperti hanya aku yg emosi dalam kegelapan bilik ini. Ditemani cahaya laptop. Hakikatnya diluar sana ratusan ribu saudara Islamku sedang bergelut dilanda musibah yg amat dasyat. Ya Allah...masih lagi aku dibuai emosiku?

Disaat aku berbaring penuh selesa, mereka tidur kesejukkan dan kelaparan. Mereka gelisah dan rungsing terputus hubungan dengan keluarga yg tidak dapat dijejaki. Dalam kegelapan tanpa lampu dan sebarang alat penghubung. Perut memedih lapar dan dahaga. Bantuan dinanti tak kunjung tiba. Hujan terus menyimbah bumi akur menurut perintah-Nya. Ya Allah benarkah berita yg aku baca dibawah ini? Siapakah yg dapat mengsahihkan berita ini Ya Allah.......andainya benar, wahai pemimpin2 kamu jawablah dihadapan Allah kelak. Pedih dan remuk hatiku membaca cebisan status fb ini.

December 26, 2014

Aku Cuti Dan Hujan

Hari ni aku cuti. Semua MMU staff cuti, kecuali security department dan beberapa unit yg terlibat. Cuti compulsory. Kiranya cuti tahun kami ditolak sehari (hari Jumaat) sempena Christmas, dan minggu depan pun sama tolak cuti tahun depan kami sehari (Jumaat), so cuti khamis hingga ahad sempena tahun baru pula. Dua minggu berturut2 cuti khamis -jumaat -sabtu -ahad.

December 25, 2014

Mangsa Banjir Makan Nasi Beralas Kertas

"Pusat pemindahan mangsa di Sekolah Manik Urai menikmati hidangan yang dilapik kertas buku sekolah. semoga tabah. Allah Allah Allah." Antara bait ayat yg dipos oleh fb Jkkk Fan Club.

Ya Allah, menitis air mataku.....berat ujian mereka. Maaf cakap, sedangkan makanan kucing rumah abahku dijengka pun masih elok dalam pinggan. Bila menyaksikan situasi mangsa banjir di Kuala Krai ini kita akan lebih mengerti tentang kegetiran, kepayahan, dan kesukaran yg dihadapi oleh mereka saat ini. Usahkan untuk berfikir tentang rumah, dan harta-benda mereka yg tenggelam ditelan banjir, diri mereka ketika berada di penempatan mangsa banjir ini pun tidak terurus dan penuh kesulitan. Namun aku percaya mereka tabah melalui musibah ini. Mungkin bumi Kelantan sedang dibersihkan oleh Allah sebelum tertegaknya hudud Allah...Insyaallah.

December 24, 2014

Kuala Krai Lumpuh Ditenggelami banjir

Ya Allah selamatkan saudara² Islam kami yg berada di zon bahaya banjir seperti Kuala Krai, Kelantan ini. Sangat parah dan menggerunkan. Air terus naik dengan deras, lautan banjir seolah mahu menelan bumi. Dibawah status dan gambar terbaru yg dikongsi seorang pengguna fb sebentar tadi. Semoga pihak berkuasa cepat bertindak menyelamatkan mereka....ya Allah takutnya aku tengok.

Gua Musang Ditenggelami Banjir

Jika Merapoh yg tidak pernah banjir setelah berpuluh tahun pun turut dilanda musibah banjir, jadi jangan hairanlah bila Gua Musang juga turut dilanda banjir. Ini kerana Gua Musang memang sering dinaiki air banjir pada setiapkali musim tengkujuh. Cuma tidaklah seteruk kali ini. Dibawah aku kongsikan gambar banjir Gua Musang yg diambil dari fb.

December 23, 2014

Merapoh Dilanda Banjir - Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaiikum dan salam satu Thailand Malaysia. Mentang² Thailand menang Piala Suzuki kan....sasul pulak.

Bawah ni gambar kejadian banjir di Merapoh, Kuala Lipis. Phg. Merapoh adalah tempat lahirku, baru merancang utk balik bercuti ke kg untuk jumpa nenekku. Rindu betul padanya. Telefon saja tak cukup. Fakta tentang banjir di Merapoh, Merapoh tak pernah banjir begini. Hanya sekali dulu pernah berlaku banjir besar itupun ketika atuk-nenekku masih muda. Sejak kejadian tersebut tidak pernah Merapoh dilanda banjir. Itupun, atukku pun dah lama meninggal. Nenek aku sekarang pun dah 70++. Banjir kali ini agak mengejutkan sebab banjir tak pernah² terjadi setelah sekian lama dan agak teruk...mungkinkah akan berlaku banjir besar seperti yg pernah terjadi...? Wallahuaklam. Semua itu hanya dalam pengetahuan Allah SWT yg Maha Kuasa.

December 20, 2014

Sedih Hati Pedih

18 Dec 2014 semalam, aku tidur lambat, tak dapat melelapkan mata. Sangat sukar, kepala sakit berdenyut sehingga pagi. Mungkin terlalu 'sakit' yg aku rasakan. Akhirnya aku terlelap lena. Namun pagi semalam gagal ketempat kerja awal. Aku terpaksa ambil time off, hampir pukul 10 pagi baru masuk office. Tapi petang semalam dan petang tadi aku dah ganti time off yang aku ambil tu.


Yang lucunya tentang semalam, aku puasa. Balik rumah, taknak makan nasi aku buat burger dan terus makan. Hampir sebiji burger habis baru aku tersedar yg aku puasa? Bila aku tersedar, azan pun berkumandang. Ya Allah....tak pernah aku macam ni, itulah hasilnya bila terlalu byk berfikir dan tak dapat tidur semalaman. Aku dan mak ketawa bila sedar apa yg berlaku.

December 19, 2014

Barang Lepas Jangan Dikenang?

Mungkin, bagi orang lain. Tapi tidak bagi aku. Setelah sekian lama computer / pc office gambar dibawah ni berkhidmat padaku (lebih kurang 5 tahun), hari ni selesai digantikan dengan computer baru. Alasan penukaran ni supaya lebih laju dan advance. Memudahkan kerja aku. Dalam gambar ni tak nampak sangat cenderahati hiasan sebab aku dah asingkan ketepi. Kecuali cawan kecil dari Taiwan tu. Sebab nak mudahkan kerja teknisyen ganti pc tanpa serabut dengan barang2 hiasan.

December 10, 2014

Rakyat Malaysia Jadi Hamba Telefon Pintar?


Kilang Perwaja Steel Tutup, 1500 Pekerja Diberhentikan

Terengganu : Berkuburnya satu syarikat kerajaan yang amat Gah sauatu masa dulu.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.


Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

December 08, 2014

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 3

Aku memberitahu Aeon credit masalah yg aku hadapi ni, mereka menasihati aku untuk bertemu pesuruhjaya-sumpah yg aku tandatangani ketika jual-beli motorsikal tersebut. Aku rujuk dengan Pesuruhjaya sumpah, dan pesuruhjaya mencadangkan aku hire lawyer. Kes aku tu katanya boleh menang sebab terang dan nyata lelaki tersebut suami-isteri mengkhianati perjanjian yg kami tandatangani.

Tapi, nak upah peguam bukannya murah? Nak buka kes saja dah berapa ribu. Nak ambil guaman awam percuma tu pula makan tahunlah jawabnya tunggu giliran. Jadi, akhirnya setelah fikir masak², aku putuskan bayar saja jumlah yg diminta oleh pakcik tersebut. Selebihnya, biarlah Allah SWT sahaja yg membalas pasangan suami-isteri tersebut. Takkan kayapun mereka suami-isteri dengan wang RM1500 tersebut. Silap-silap masa aku post artikel ni duit mereka tu dah habis pun, maklumlah dah beberapa hari berlalu.

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 2

Pakcik ni kad pengenalannya tahun 66. Kampungnya memang di Sg.Ramal Luar, Kajang. Masa beli motor tu dia bayar kat kami RM1000. Dalam surat 'Akujanji' mati stamp yg kami tandatangan tu, dia mestilah menyelesaikan pembayaran motorsikal kami sehingga selesai TANPA GAGAL.

Jika bermasalah atau tak bayar selama tiga bulan berturut², pakcik ni mesti pulangkan semula motorsikal ni kpd kami tanpa sebarang syarat.

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 1

Dah lama aku tak mengarang dalam Milokaw ni. Bulan November langsung tak ada sebarang pos yg aku kongsikan.

Terlalu banyak cerita yang aku lalui, walau tak mampu untuk dikongsi semua. Namun teringin juga untuk berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk rakan-rakan pembaca diluar sana. Tapi, tak tahu nak luahkan atau mula dari mana.

Sebenarnya aku dan suami baru saja ditipu oleh seorang lelaki melayu bersama isterinya yang membeli motorsikal kami melalui perjanjian bersumpah. Motor tu motor baru, baru dua-tiga bulan aku dan suami pakai. Tapi kami setuju untuk jual sebab suamiku kerja di Sabah, dan tak ada sesiapa nak tengokkan motor tu di Kajang. Aku ni memang failed bawa motor.

December 01, 2014

Doa Orang Teraniaya Makbul dan Mustajab Disisi Allah SWT

Hati-hatilah dengan dengan doa orang yang teraniaya. Salah satu doa yang tiada hijab dan makbul adalah doa dari orang yg teraniaya atau dizalimi. Walaupun yg dizalimi itu adalah orang kafir Allah tetap akan memakbulkan doa mereka. Apatah lagi orang yg beriman. Waspadalah.