December 26, 2014

Aku Cuti Dan Hujan

Hari ni aku cuti. Semua MMU staff cuti, kecuali security department dan beberapa unit yg terlibat. Cuti compulsory. Kiranya cuti tahun kami ditolak sehari (hari Jumaat) sempena Christmas, dan minggu depan pun sama tolak cuti tahun depan kami sehari (Jumaat), so cuti khamis hingga ahad sempena tahun baru pula. Dua minggu berturut2 cuti khamis -jumaat -sabtu -ahad.


Sebab tulah aku plan nak balik Merapoh minggu ni, just imagine cuti dari semalam hingga Ahad, kalau tak kemana-mana tentu agak bosan kan? Tapi apakan daya, Allah sudah takdirkan jalan untuk balik kg banyak ditutup. Nak balik jengka, tapi terasa malas pula. Lagi-lagi adik aku bagitau kat sana hujan, sekejap2 saja berhenti. Kat sana pun banyak kawasan yg terlibat dengan banjir dan jalan ditutup.

IOI Mall City Mall

Aku terfikir nak ke IOI City Mall yg tak jauh saja dari Kajang ni dengan mak dan kakakku, sebab aku belum pergi lagi sejak dibuka bulan lepas. Hari-hari lalu depan IOI Mall pergi dan balik kerja tapi tak pernah singgah. Tahu tak kenapa tak singgah? Sebab ianya terletak disebelah jalan on the way nak pergi kerja. Kiranya aku lalu waktu pagi IOI Mall masih tutup. Time balik kerja kalau nak singgah aku kena menyeberang kesebelah sana. Jadi aku malas. Nasib baik sebelah jalan menghala ke tempat kerja kan? Sebab kalau jalan menghala balik kerja memang sah-sah la aku selalu sangkut kat IOI Mall ni. Bagus juga tu, selamat duit aku. Mengikut pengalamanku, ketika duduk Seri Kembangan dulu hampir setiap minggu (weekdays) aku akan singgah Jusco Equine Seri Kembangan. Itu tak termasuk weekend, saja-saja pergi. Dah dekat sangat dengan rumah tak sampai 5 minit. Dah tu pulak, terletak disebelah jalan menghala balik kerja. Memang menyinggah sajalah kerjanya......

Menurut kakakku IOI mall ni besar. Anak saudaraku si Ailyn, 3 tahun tu suka. Tapi lepas tu terasa nak ke Shah Alam pula, ada barang nak cari. Tapi bila buka facebook banyak pula gambar Shah Alam banjir yang dikongsikan oleh netizen. Sekarang - pagi ni - aku belum ada sebarang perancangan yg jelas nak kemana. Baru lepas breakfast, surfing internet, baca news sambil fikir-fikir....

No comments: