December 19, 2014

Barang Lepas Jangan Dikenang?

Mungkin, bagi orang lain. Tapi tidak bagi aku. Setelah sekian lama computer / pc office gambar dibawah ni berkhidmat padaku (lebih kurang 5 tahun), hari ni selesai digantikan dengan computer baru. Alasan penukaran ni supaya lebih laju dan advance. Memudahkan kerja aku. Dalam gambar ni tak nampak sangat cenderahati hiasan sebab aku dah asingkan ketepi. Kecuali cawan kecil dari Taiwan tu. Sebab nak mudahkan kerja teknisyen ganti pc tanpa serabut dengan barang2 hiasan.


Taaada.... bawah ni computer baru yg digantikan siang tadi. Alhamdulillah laju dan......baru. Tak tahu nak komen apa. Yang pasti lebih bersemangat untuk upload dan key in data kerja. Kat meja aku ni sebenarnya dulu banyak cenderahati dan tanda ingatan hadiah dari orang-orang yg aku sayang. Sekarang dah kurang sebab tak nampak dalam gambar ni dan juga aku letak ditempat lain sebab taknak meja terlalu serabut, sealir dengan usia yg mahukan kemas, lapang, dan tidak serabut. Itupun masih tetap serabut. Berapa banyak serabut daa.


Banyak pemberian mereka berusia lebih-kurang sepuluh tahun, malah ada yg lebih. Aku sayang nak buang, sebab aku sangat menghargai setiap pemberian teman2 mahupun insan yg disayangi. Lantaran itu bunga yg dah kering dan berusia 7-8 tahun pun masih aku simpan. Hinggalah aku sedar meja aku semak akibat terlalu banyak menyimpan hadiah2 lama. Akhirnya aku hadiahkan pula hadiah2 yg banyak dan lama tu kepada adik aku yg masih bersekolah, nak-nak hadiah tersebut masih cantik dan elok.

Tak salah menyimpan, dan mengenang barang yg lama. Tapi jangan sampai menyusah dan membebankan diri sendiri hingga akhirnya menjadi susah kerananya. Begitu jugalah dengan kehidupan kita sehari-hari. Berpada-pada untuk mengenang masa lalu, jangan sampai menyakitkan perasaan sendiri untuk menghadapi hari depan. Tapi, janganlah pula terlalu memandang kehadapan sampai lupa masa lalu, kerana masa lalu itu terlalu banyak kemanisan, pelajaran dan pengajaran yg boleh kita ambil, serta dijadikan peringatan. Jika tidak masakan ada istilah 'Kacang lupakan kulit' dan 'barang lepas jangan dikenang' kerana kedua-duanya berkait rapat dengan masa lalu........

No comments: