December 24, 2014

Gua Musang Ditenggelami Banjir

Jika Merapoh yg tidak pernah banjir setelah berpuluh tahun pun turut dilanda musibah banjir, jadi jangan hairanlah bila Gua Musang juga turut dilanda banjir. Ini kerana Gua Musang memang sering dinaiki air banjir pada setiapkali musim tengkujuh. Cuma tidaklah seteruk kali ini. Dibawah aku kongsikan gambar banjir Gua Musang yg diambil dari fb.


Gua Musang adalah tempat kesukaanku berjalan tiap kali balik ke Merapoh. Baru saja cakap kat makku hari kelmarin, 'kalau balik Merapoh sekarang, nak jalan GM pun mesti tak boleh..selalu hujan.' Tiba² semalam tahu² Merapoh banjir dan jalan Bukit Putus (betul ke nama jalan ni? Tahulah banyak jalan terputus hubungan, aku pun pandai2 cakap tu bukit putus) Gua Musang terputus hubungan dengan Merapoh. Makanya, memang tak boleh berjalan kemana² lah kalau balik kg waktu musim banjir ni. Duduk rumah saja. Kata colleague officeku, PDRM dah umumkan secara rasmi semua jalan ke Kelantan terputus hubungan dengan negeri lain. Hanya jalan melalui udara saja yg ada sekarang. Ya Allah, selamatkanlah sekalian saudara Islam kami yg menghadapi musibah banjir. Patutlah banyak sangat jalan-jalan yg pecah, runtuh, dan retak.


 Stesen Keretapi Gua Musang







Gambar ini adalah gambar sebuah masjid diperkampungan Gua Musang yg ditenggelami air.

Menurut mereka yg berkongsi gambar, air naik dengan deras. Jadi tak mustahil perubahan aras dalam gambar ini kerana dua waktu /jam yg berbeza waktu snap gambar. Aku campurkan saja gambar bandar lama dan kampung² yg berada dalam jajahan Gua Musang.

No comments: