December 28, 2014

Jengka 8 Meruncing Dilanda Banjir

Gambar2 fb yang dikongsikan oleh netizen SPJ ini adalah gambar banjir di Jengka 8. Jengka 8 ni kiranya jirankulah. Sebab jengka kami Jengka 16. Tak jauh pun. Last aku datang masa kecil2 dulu, sekarang usia yg dah beranak-pinak. Kisah yg pernah aku coretkan ketika pergi ke Jengka 8 dulu adalah tentang pengalaman seram ketika zaman kanak-kanak ding dang. Jangan terpengaruh sangat. Tu cuma pengalaman misteri tak terungkai. Sekarang kalau ada pun ke Jengka 8, hanya lalu-lalang saja ketika nak ke Jerantut atau balik Merapoh dari jengka.

Khabarnya, banjir ini agak teruk, laluan Bandar Jengka ke Jerantut melalui Jengka 8 ditutup, malah ada bantuan dari pihak keselamatan (seperti dalam gambar) kerana banjir yang krtitikal. Aku harap wan saudaraku yg tinggal di Jengka 8 ini tidak mengalami banjir. Tapi, tak tahulah. Tak ada nombor contact. Baru saja jumpa mereka beberapa minggu lepas di majlis kenduri kahwin saudara kami di Jengka 14.










Aku doakan semoga penduduk yg menghadapi musibah banjir di Jengka 8 tabah mengharungi ujian Allah SWT. Insyaallah, Allah SWT akan gantikan dengan yg lebih baik buat kalian. Harta-benda yg lebih melimpah-ruah selepas ini. Bertepatan dengan sepotong ayat penawar hati kita (Al-Quran) "Sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan. Bersama kesulitan itu ada kemudahan." Insyaallah. (Nasihat untuk diriku sendiri juga yg selalu tidak sabar menghadapi ujian dan cabaran. Mudah marah dan hangin. Jangan ikut contoh tak elok ni)

No comments: