December 28, 2014

Pesawat Air Asia Dari Indonesia Menuju Singapura Hilang

Benarkah berita yg aku petik dari Thestar dan Astroawani ini? Penerbangan Air Asia dari Surabaya, Indonesia menuju Singapura  terputus hubungan dan hilang dari radar. Pihak kementerian Indonesia akan memberi keterangan rasmi berhubung kehilangan tersebut.



Aku harap berita ni tak benar. Entahlah....satu persatu bala malapetaka datang menimpa. Harga dan nilai nyawa rakyat seolah tidak penting. Tak cukup lagi kah dengan MH17 yg berkecai diletupkan beberapa bulan lepas. Sehingga kehari ini masih belum mendapat pembelaan, serta MH370 yg terus misteri hilang tanpa sebarang kesan. Ini soal nyawa. Bukan seorang, bukan dua orang, tapi beratus orang.

Air Asia adalah syarikat penerbangan milik rakyat Malaysia, Tan Sri Anthony Francis "Tony" Fernandes.


No comments: