December 10, 2014

Kilang Perwaja Steel Tutup, 1500 Pekerja Diberhentikan

Terengganu : Berkuburnya satu syarikat kerajaan yang amat Gah sauatu masa dulu.

"Kerajaan negeri mesti membantu pekerja yang telah diberhentikan dengan menyediakan satu pelan atau skim yang membolehkan bekas pekerja Perwaja diasimilasi ke dalam masyarakat dengan lebih cepat dan berkesan," ujarnya.


Menurutnya, mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila sebelum ini imbuhan yang mereka dapat tidak dibayar mengikut jadual dan mengalami kesulitan dalam menguruskan kehidupan peribadi dan rumahtangga mereka.

Sekarang, ujar Ketua PAS Kawasan Kemaman itu bulan Disember dan dalam masa tidak sampai sebulan, penggal persekolahan baru akan dibuka.

"Bayangkanlah betapa pilunya hati mereka melihat pakaian sekolah anak-anak yang telah lusuh tidak dapat diganti baharu kerana kini digelar sebagai penganggur.

"Cuba pula kita duduk dalam keadaan mereka, betapa aibnya menjadi ibu bapa yang tidak dapat membayar yuran-yuran persekolahan anak dan membeli buku-buku anak yang bukan sedikit jumlahnya," katanya lagi.

Mereka kini, kata Hanafiah bukan sahaja tidak mampu untuk membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan, bahkan memikirkan untuk mencari rezeki bagi menyuap makanan kepada anak-anak juga sudah menjadikan mereka sakit kepala.

Kata beliau lagi, sememangnya penutupan kilang PSSB dan pemberhentian pekerjanya di Kemaman secara total merupakan satu titik hitam dalam sejarah perindustrian negara dan negeri ini.

"Sekiranya ia benar-benar menjadi kenyataan dan kita gagal untuk membendungnya atau mengurangkan impak kepada rakyat, maka kita sebagai kerajaan adalah bertanggungjawab," katanya lagi.

Justeru, ujarnya adalah menjadi harapan agar usaha-usaha dapat digembleng oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku dan setidak-tidaknya mengambil langkah yang dikira wajar untuk meminimumkan impak dan kesan kepada rakyat negeri ini. Sumber dan berita penuh Harakahdaily

No comments: