December 25, 2014

Mangsa Banjir Makan Nasi Beralas Kertas

"Pusat pemindahan mangsa di Sekolah Manik Urai menikmati hidangan yang dilapik kertas buku sekolah. semoga tabah. Allah Allah Allah." Antara bait ayat yg dipos oleh fb Jkkk Fan Club.

Ya Allah, menitis air mataku.....berat ujian mereka. Maaf cakap, sedangkan makanan kucing rumah abahku dijengka pun masih elok dalam pinggan. Bila menyaksikan situasi mangsa banjir di Kuala Krai ini kita akan lebih mengerti tentang kegetiran, kepayahan, dan kesukaran yg dihadapi oleh mereka saat ini. Usahkan untuk berfikir tentang rumah, dan harta-benda mereka yg tenggelam ditelan banjir, diri mereka ketika berada di penempatan mangsa banjir ini pun tidak terurus dan penuh kesulitan. Namun aku percaya mereka tabah melalui musibah ini. Mungkin bumi Kelantan sedang dibersihkan oleh Allah sebelum tertegaknya hudud Allah...Insyaallah.




Dibawah pula adalah gambar yg dikongsikan oleh fb siakap keli. Status yang dikongsikan;

"2 Hari Tinggal Dalam Bot
Salah satu kejiranan tepi sungai kelantan.kg kuala nal kuala krai kelantan.rumah tenggelam.sudah 2 hari tinggal dalam bot.tiada bantuan.kehabisan bekalan makanan.gambar di ambil jam 9 pagi tadi. bekalan bateri hp yg terakhir..."
Dilaporkan oleh: Zul Kifli
 
Sama-samalah kita doakan untuk mereka semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka, serta tabah menghadapi ujian Allah. Allah tidak akan timpakan sesuatu musibah itu melainkan bersesuaian dengan keimanan kita.




No comments: