December 23, 2014

Merapoh Dilanda Banjir - Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaiikum dan salam satu Thailand Malaysia. Mentang² Thailand menang Piala Suzuki kan....sasul pulak.

Bawah ni gambar kejadian banjir di Merapoh, Kuala Lipis. Phg. Merapoh adalah tempat lahirku, baru merancang utk balik bercuti ke kg untuk jumpa nenekku. Rindu betul padanya. Telefon saja tak cukup. Fakta tentang banjir di Merapoh, Merapoh tak pernah banjir begini. Hanya sekali dulu pernah berlaku banjir besar itupun ketika atuk-nenekku masih muda. Sejak kejadian tersebut tidak pernah Merapoh dilanda banjir. Itupun, atukku pun dah lama meninggal. Nenek aku sekarang pun dah 70++. Banjir kali ini agak mengejutkan sebab banjir tak pernah² terjadi setelah sekian lama dan agak teruk...mungkinkah akan berlaku banjir besar seperti yg pernah terjadi...? Wallahuaklam. Semua itu hanya dalam pengetahuan Allah SWT yg Maha Kuasa.


 







Gambar² ni diambil pada hari semalam, dan dikongsi di fb. Jelas kelihatan, bukan saja jalanraya, malah jalan keretapi, stesen keretapi, dan balai polis Merapoh turut ditenggelami air. Aku harap tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Kerugian banjir memang tidak dapat dielakkan. Semoga semua mangsa banjir di Merapoh dan seluruh Malaysia tabah menghadapi ujian Allah. Info terbaru yg aku terima, kata adikku air semakin naik. Adakah jalan ditutup? Harap² plan aku nk balik Merapoh tidak tergendala....Insyaallah.

No comments: