December 08, 2014

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 2

Pakcik ni kad pengenalannya tahun 66. Kampungnya memang di Sg.Ramal Luar, Kajang. Masa beli motor tu dia bayar kat kami RM1000. Dalam surat 'Akujanji' mati stamp yg kami tandatangan tu, dia mestilah menyelesaikan pembayaran motorsikal kami sehingga selesai TANPA GAGAL.

Jika bermasalah atau tak bayar selama tiga bulan berturut², pakcik ni mesti pulangkan semula motorsikal ni kpd kami tanpa sebarang syarat.

Masalah mula timbul bila dia menelefon aku dan ckp bermasalah untuk terus bayar motor tu, dan meminta kami ambil semula motorsikal tersebut atau dia akan menjualnya kpd orang lain. Bukan saja wang gaji aku dipotong sebab dia lambat membayar bulanan kepada Aeon, malah Aeon potong lebih-kurang RM300 sebab dia dah tak membayar bulanan motor kami. Malah roadtax pun dia tak hidupkan bulan August hari tu.

Sakitnya hati aku rasa, siap ugut nak jual kat orang lain. Habis tu apa gunanya surat perjanjian yg kami tandatangani depan pesuruhjaya sumpah? Kalau dia nak berkhianat macam tu lebih baik tak payah ada sebarang surat perjanjian.

Aku dan suami terpaksa bersetuju untuk membayar kpdnya RM1500 seperti yg diminta oleh pakcik tersebut suami-isteri. Jika tidak, motor tersebut mereka akan jual kepada entah sapa-sapa. Memang tak berhati perut. Bila aku minta dia pulangkan semula motorsikal tersebut kpd aku dan ikut perjanjian yg kami buat, dia berkeras tak mahu pulangkan dan memaksa aku membayar jumlah yg mereka kemarukkan tersebut, dgn alasan dia rugi kalau pulangkan tanpa syarat. Habis tu surat perjanjian tu boleh dimunafikkan sesuka hatilah....?

Aku membuat laporan polis, malah polis yg menemani aku berjumpa dengan pakcik ni memandangkan suami aku tiada disemenanjung ketika itu. Tapi hasilnya, dia mencabar aku bawalah seberapa ramai polis pun, sebab kami bukannya ada perintah makhamah pun. (Perintah makhamah hanya boleh didapatkan kalau aku bawa kes ni ke makhamah, dan dia dah tahu aku takkan mampu upah peguam pun). Jadi aku dan polis tak boleh berbuat apa-apa dan kira menceroboh kawasan dia. Aku berlalu sebb malas nak bertekak dengan manusia yg pakar putar-belit dan dah khatam selok-belok untuk memperdayakan aku. Matlamatnya hanya satu, wang 1500. Polis menasihatkan aku untuk rujuk pada makhamah.

No comments: