December 08, 2014

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 3

Aku memberitahu Aeon credit masalah yg aku hadapi ni, mereka menasihati aku untuk bertemu pesuruhjaya-sumpah yg aku tandatangani ketika jual-beli motorsikal tersebut. Aku rujuk dengan Pesuruhjaya sumpah, dan pesuruhjaya mencadangkan aku hire lawyer. Kes aku tu katanya boleh menang sebab terang dan nyata lelaki tersebut suami-isteri mengkhianati perjanjian yg kami tandatangani.

Tapi, nak upah peguam bukannya murah? Nak buka kes saja dah berapa ribu. Nak ambil guaman awam percuma tu pula makan tahunlah jawabnya tunggu giliran. Jadi, akhirnya setelah fikir masak², aku putuskan bayar saja jumlah yg diminta oleh pakcik tersebut. Selebihnya, biarlah Allah SWT sahaja yg membalas pasangan suami-isteri tersebut. Takkan kayapun mereka suami-isteri dengan wang RM1500 tersebut. Silap-silap masa aku post artikel ni duit mereka tu dah habis pun, maklumlah dah beberapa hari berlalu.

Pengajaran yg aku nak kongsikan dengan pembaca:

  1. Kalau jual kenderaan tak kira samaada motorsikal atau kereta carilah pembeli yg boleh dipercayai. Macam kes aku ni orang yang tak kenal, direkomen pula oleh penjual motorsikal dipasaraya yg dia sendiri pun dah lenyap entah kemana. Malah, penjual ni sendiri minta duit dari kami RM200, dgn alasan dah tolong carikan buyer.
  2. Jual pada kawan² pun kena hati-hati, sebab kakak dan abg angkat aku kena tipu dengan kawan baik sendiri, kawan sejak kecil. Kes jual kereta. Lebih-kurang sama kes aku, bezanya orang yg mereka kenal dan tiada surat perjanjian macam aku.
  3. Walaupun ada surat perjanjian 'Akujanji Pembelian Kenderaan Terpakai' namun tidak menjamin apa-apa. Polis tak dapat membantu kita pun walaupun mereka mungkin bersimpati.
  4. Surat 'Akujanji' yg kita mati stamp tu hanya boleh membantu kita kalau kita terlebih wang utk upah peguam dan buka kes. Dalam kes aku, aku tak mampu walaupun tahu boleh menang.
  5. Banyak pengalaman orang² yg ditipu aku baca dalam internet ni, malah beribu-ribu kerugian. Kira 1500 macam aku ni tak jadi kudis, tapi penipuan tetap penipuan walaupun hanya RM50. Setiap sen duit yg kita tipu atau ditipu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak. Jadi, jangan pandang remeh walaupun hanya 10sen. Hak orang tetap hak orang.
Semoga apa yg aku kongsikan ni boleh dijadikan pengajaran kepada semua terutama yg merancang untuk menjual atau membeli kenderaan mahupun motorsikal mereka kepada orang lain.

No comments: