December 08, 2014

Pengalaman Ditipu Sambung Bayar 1

Dah lama aku tak mengarang dalam Milokaw ni. Bulan November langsung tak ada sebarang pos yg aku kongsikan.

Terlalu banyak cerita yang aku lalui, walau tak mampu untuk dikongsi semua. Namun teringin juga untuk berkongsi sedikit pengalaman yg mungkin boleh dijadikan pengajaran dan panduan untuk rakan-rakan pembaca diluar sana. Tapi, tak tahu nak luahkan atau mula dari mana.

Sebenarnya aku dan suami baru saja ditipu oleh seorang lelaki melayu bersama isterinya yang membeli motorsikal kami melalui perjanjian bersumpah. Motor tu motor baru, baru dua-tiga bulan aku dan suami pakai. Tapi kami setuju untuk jual sebab suamiku kerja di Sabah, dan tak ada sesiapa nak tengokkan motor tu di Kajang. Aku ni memang failed bawa motor.

Malangnya, pembeli tersebut telah mengkhianati / melanggar perjanjian 'Akujanji' bersumpah yg kami tandatangani dihadapan persuruhjaya sumpah bersama mati stamp. Kira perjanjian kami sah dan boleh dibawa ke makhamah, tapi bukannya mudah, mahal. Manalah aku mampu untuk hire lawyer walaupun tahu boleh menang.

Kalau nak ambil biro guaman awam pula bertahun lah jawabnya untuk tunggu dibicarakan. Alamatnya, hancurlah motor aku dirumah lelaki tersebut. Akhirnya, aku putuskan untuk mengambil kembali motorsikal tersebut dengan membayar jumlah yg diminta oleh lelaki tersebut secara terpaksa. Selebihnya aku serahkan pada Allah SWT membalas kpd pasangan suami-isteri tersebut yg berbangsa melayu dan beragama Islam, mereka tinggal di kampung Sungai Ramal Luar, kajang.

Dia bukan saja tak bayar bayaran bulanan di Aeon kredit, malah memaksa aku membayar padanya 1500 atau dia akan jual motorsikal tersebut kepada orang lain. Manusia jenis apa pun aku tak tahu. Sudahlah aku terpaksa membayar tunggakan yg dibuat di Aeon, roadtax tak disambung, motor lenjan tak dijaga, malah aku kena bayar pada mereka berdua. Masih ingat lagi dia tersenyum sinis depan polis. Ya Allah, memang sakit hati. Tapi aku percaya, Allah itu Maha Adil. 


No comments: