December 20, 2014

Sedih Hati Pedih

18 Dec 2014 semalam, aku tidur lambat, tak dapat melelapkan mata. Sangat sukar, kepala sakit berdenyut sehingga pagi. Mungkin terlalu 'sakit' yg aku rasakan. Akhirnya aku terlelap lena. Namun pagi semalam gagal ketempat kerja awal. Aku terpaksa ambil time off, hampir pukul 10 pagi baru masuk office. Tapi petang semalam dan petang tadi aku dah ganti time off yang aku ambil tu.


Yang lucunya tentang semalam, aku puasa. Balik rumah, taknak makan nasi aku buat burger dan terus makan. Hampir sebiji burger habis baru aku tersedar yg aku puasa? Bila aku tersedar, azan pun berkumandang. Ya Allah....tak pernah aku macam ni, itulah hasilnya bila terlalu byk berfikir dan tak dapat tidur semalaman. Aku dan mak ketawa bila sedar apa yg berlaku.

Malam ni 19 Dec 2014, jiranku order burger. Jadi aku buatkan. Dapat juga duit walaupun hanya beberapa ringgit. Maaf, aku tak ada gerai burger....cukuplah pengalaman jual burger bakar dulu walaupun jualan menggalakkan tapi terlalu penat bagi aku. Lepas balik dari kerja, terkejar-kejar jaga gerai. So, aku surrender. Penat. Burger yg aku buatkan dari rumah ni lain, burger ramli jer. Dan masa aku ada dirumah saja. Lepas office hour, weekend, dan tak kemana-mana (balik kg atau keluar) At least dapat juga duit kan? Dari aku lepak jer kat rumah dari pagi sampai malam tak ada seposen pun masuk. Buat burger pun kat dapur saja, dan sambil2 rehat kat rumah. Kalau ada jiran dekat rumah sms atau whatsApp baru aku buat.

Nak harapkan Nuffnang ni? Nak dapat 50 sen sebulan pun jenuh. :-) Untunglah blogger yg dapat income dari blog. Tapi bukan aku. Setakat ni nuffnang aku tu ada berapa belas ringgit jer....naiklah juga beberapa sen bila sesekali check, tak ke lucu tu? Lebih baik aku jual burger...terus mencanak naik jer dari dua-tiga posen nuffnang tu. Bukan tak bersyukur, cuma rezeki aku bukan pada Nuffnang.

Minggu depan anak kak n dan abg y akan menjalani pembedahan. Tadi kat whatsApp aku sempat text dia ucap semoga dipermudahkan segala urusan dan berharap kakak tu tak sedih dan tabahkan hati. Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan. Aku tahu dia sedih.....dan aku tumpang bersedih.


Dalam facebook pula aku tengok seorang kakak ni sedang bersedih kerana suaminya mengerjakan umrah selama dua minggu. Sedih benar dia berpisah dengan suaminya. Sebelum ni, seorang teman pun sama hampir menangis (atau memang menangis kerana suaminya pergi umrah). Malah ada yg pernah bertanya padaku, tak bersedih ke berjauhan dari suami? Suami tak tinggal bersama.

Aku katakan bahawa, aku berpegang pada prinsip dan kisah nabi Ibrahim yang meninggalkan Siti Hajar di tengah padang pasir yang kontang bersama nabi Ismail yg masih kecil. Akhirnya disitu wujud telaga zam-zam dan Tanah suci mekah yg akhirnya masyhur  dan menjadi tumpuan sehingga kehari ini. Itulah kekuatanku. Lalu, aku tidak terlalu bersedih memikirkan berjauhan itu.

Seorang lagi teman fb ni berbeza kisahnya, hampir setiap hari naik status gambar dan luahan hati tentang anak kecilnya yg diambil isterinya hingga terpisah darinya. Kesedihan seorang bapa yg terlalu merindukan anaknya. Anaknya baru berumur 2-3 tahun. Aku tak pernah komen status dia, jauh sekali chatting dengannya. Aku hanya terbaca luahan hatinya. Ramai juga yg memberi kata-kata semangat, terutama yg mengalami konflik rumahtangga dan situasi yg sama berpisah dengan anak dan pasangan tanpa dapat bertemu. Betapa remuk hati mereka terpisah dari darah daging. Dinafikan hak untuk bertemu zuriat sendiri.

Demi Allah. Hidup ini pentas ujian. Setiap dari kita melalui ujian yang berbeza. 'Apakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan kamu belum lagi diuji?'


Jika seseorang itu tenang, tersenyum, dan tertawa, malah terkunci bibirnya dari berbicara meluah perasaan bukan bererti dia tidak diuji. Boleh jadi hatinya sedang menangis dan luka parah dihiris. Namun kesabaran dan keimananlah yg menjadi penawar kepedihannya itu. Membentengnya dari mempamerkan kesedihan. Hanya Allah SWT yg tahu apa yg dirasakan olehnya. Berkongsi kesedihan hanya dengan Sang Pencipta. Nasihat aku pada kakak n dan kakak yg suaminya pergi umrah itu agar tidak bersedih dan tabah menghadapi ujian, serta berdoa pada Allah banyak-banyak hakikatnya adalah nasihat untuk diriku sendiri.......

No comments: