December 31, 2014

Selamat Tinggal Sayang

Sebentar lagi 2014 akan melabuhkan langsir tirainya. 2015 pula akan muncul...Insyaallah. Betapa cepatnya masa berlalu. Rasanya baru saja aku melalui alam remaja...dan zaman kanak-kanak. Masih terbayang di ingatanku ketika tinggal di rumah kampung atuk-nenekku.

Semua gambar ada iras dengan kisah ini

Walaupun mereka mempunyai dua rumah, tapi lebih suka tinggal dirumah lama tepi sawah, dekat sungai. Manakala rumah di perumahan Merapoh pula, hanya balik seminggu sekali. Sekadar menjengah. Kucing kesayangan atuk-nenekku warna kelabu pun akan ikut sekali setiapkali kami berulang-alik antara kedua rumah tersebut. Tak jauh mana pun, cuma berjalan kaki. Bolehlah untuk pecahkan lemak perut agar tak buncit.

Akhirnya sebelum aku melangkah ke sekolah menengah, atuk dan nenekku memutuskan untuk pindah ke perumahan Merapoh. Masa tu aku nak masuk darjah empat. Rumah kampung di tepi sawah, dekat dengan sungai itu akhirnya terbiar sepi....hingga dirobohkan. Teringat lagi bagaimana setiap pagi kami ke sungai sesubuh pagi mandi sungai, menggigil kesejukkan. Saat itu tetap segar dalam ingatanku, sesegar air sungai bersih tanpa sebarang pencemaran racun toksik. Di rumah perumahan semua itu tiada lagi. Rumahpun rapat2, dan suasana berbeza dengan rumah ditepi sawah dan sungai. Atukku pula, tahun 2015 genaplah 10 tahun meninggalkan kami....insan yg sangat aku sayang.


Alam remaja pula aku dibesarkan di Jengka 16. Banyak kenangan manis terpahat di Jengka 16. Selepas sekolah, aku berhijrah keluar. Ada yg melamar selepas sekolah, namun abah merasakan aku terlalu muda untuk menerima lamaran tersebut. Hubungan perkenalan kami terputus begitu saja..kiranya putus ditengah jalan. (Tetiba jiwang. Keluar topic?) Kemudian aku tinggal di Melaka beberapa bulan, dan berpindah ke Selangor, sehinggalah ke hari ini. Terlalu pantas masa beredar. Rasanya semua ini baru saja berlalu........

2014 adalah tahun yang menguji bagiku. Tapi, ada kah tahun-tahun lain tidak diuji? Rasanya tak ada kot. Semua tahun diuji. Dah nama pun kehidupan, memanglah kita sentiasa diuji. Yang penting sentiasa mengharap pertolongan Allah yg Maha Penyayang dan Maha Mendengar.


Semoga 2015 menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan buatku. Sebagai permulaan, Insyaallah jika tiada aral-melintang, dan dipermudahkan Allah SWT, 2 dan 3 January ini Jumaat-Sabtu aku akan ke Kelantan, bersama beberapa volunteers MMU dan TM staff, trip pertama dari TM sebagai sukarelawan untuk membantu mangsa banjir disana. Aku berhasrat dengan sumbangan tenaga yg tidak seberapa ini, dapat membentuk akhlak dan peribadi yg lebih mulia disisi Allah. Agar aku lebih mensyukuri segala nikmat Allah. Sekaligus menjadi hamba Allah yg lebih baik di dunia dan di akhirat kelak. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan niat dan urusan kami semua.

-- Sila pasrah, tajuk artikel kurang bertepatan dengan isi.

Update: 1 Januray 2015, Tulisan biru dibawah adalah catatan dari fb Raja Shamri. Aku kongsikan untuk renungan kita bersama. Sebelum tu, kepada pembaca Milokaw tersayang (tulah, aku saying sayang korang) doakan perjalanan kami MMU staff (5 orang, 2 wanita-3 lelaki) dan staff Telekom KL dan Selangor (60 orang) ke Kelantan esok pagi dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami akan bertolak dari MMU sebab TM sewa bas MMU, jadi tak payahlah ke Menara TM di Kuala Lumpur yg sesak tu dengan kenderaan sendiri. Terus bertolak dari office menaiki bas ke Menara TM KL tempat berkumpul, kemudian terus ke Kota Bharu melalui Gua Musang. Bas dan 4x4 (4wd). Insyaallah.
 
Bas MMU a.k.a Universiti Telekom (TM) suatu ketika dulu.
 
 
Tadi sempat sembang dengan seorang bekas guru yg juga sama2 jadi sukarelawan ... katanya alangkah bagusnya ibubapa seluruh Malaysia bawak anak-anak datang beri ...bantuan kepada mangsa sementara sekolah masih cuti... tengok sendiri skala kemusnahan ...

Betapa rumah banglo 2 tingkat musnah sepenuhnya ... duit berjuta tapi nak beli lilinpun tak boleh ...makanan tak ada walaupun berjawatan besar ...
Semuanya jadi "nothing" dengan sekali musibah dari Allah ...

Anak2 ini perlu dididik dan diperlihatkan kekuasaan yg maha pencipta ini ... bagaimana seorang yg dulunya penyabar tetapi di hormati masyarakat tetapi jadi seolah-olah hina tidur merata di kaki lima sama seperti orang lain ...

Datanglah bantu kami ... bawak kenderaan masing2 sebab banjir dah surut di kebanyakan tempat. Datanglah terutama kenderaan 4 x 4. Biar kami yang pergi ke tempat yg sukar dan tuan2 pergi ke tempat lain ... agar falsafah disebalik tragedi ini sama2 kita fahami.
ikhlas

raja shamri@ruang wudhuk masjid ibrahimi
Pasir Puteh
Kelantan."

No comments: