December 30, 2014

Serpihan Dan Mangsa Pesawat QZ8501 Air Asia Ditemui

Kerajaan Indonesia melaporkan menemui serpihan yg dipercayai milik pesawat Air Asia QZ8501 seperti dalam gambar berserta dengan jasad seorang penumpang yg telah kembung dikawasan perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Setakat ini laporan berita tv melaporkan sudah 40 jasad korban Air Asia QZ8501 ditemui. Laporan myMetro menyebut tiga hingga empat jasad ditemui dalam keadaan berpegangan tangan oleh pasukan penyelamat Indonesia.

Tangisan ahli keluarga penumpang yg tidak dapat menahan kesedihan

Gambar pesawat ini hanya hiasan





Berita ini pasti sangat menyedihkan keluarga mangsa, begitu juga rakan-taulan yg mengenali. Setidaknya, seperti MH17, QZ8501 ini ada juga bangkai pesawat dan jasad menjadi bukti dan saksi. Bagaimana pula MH370 yg terus kekal misteri hilang tanpa khabar berita? Tentu tak terjangkau oleh akal fikiran kita.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Tahun 2014 ni memang menyedihkan.....banyak pula bencana menimpa, walaupun kejadian ini di Indonesia tetapi syarikat Air Asia ini adalah milik Malaysia. Jadi, sedikit-sebanyak tempiasnya tetap ada buat negara Malaysia.

No comments: