December 27, 2014

Melangkah Terpaksa

Benarkah Ramai Terkorban Dalam Banjir di Kelantan?

Aku masih berjaga....ok, aku mengaku layan feeling. Dok dengar lagu Azie - Melangkah terpaksa. "Apa tak ada pekerjaan kah suzi?" Kononnya seperti hanya aku yg emosi dalam kegelapan bilik ini. Ditemani cahaya laptop. Hakikatnya diluar sana ratusan ribu saudara Islamku sedang bergelut dilanda musibah yg amat dasyat. Ya Allah...masih lagi aku dibuai emosiku?

Disaat aku berbaring penuh selesa, mereka tidur kesejukkan dan kelaparan. Mereka gelisah dan rungsing terputus hubungan dengan keluarga yg tidak dapat dijejaki. Dalam kegelapan tanpa lampu dan sebarang alat penghubung. Perut memedih lapar dan dahaga. Bantuan dinanti tak kunjung tiba. Hujan terus menyimbah bumi akur menurut perintah-Nya. Ya Allah benarkah berita yg aku baca dibawah ini? Siapakah yg dapat mengsahihkan berita ini Ya Allah.......andainya benar, wahai pemimpin2 kamu jawablah dihadapan Allah kelak. Pedih dan remuk hatiku membaca cebisan status fb ini.





Manek Urai, Kuala Krai - 26 Dec 2014

Ya Allah.....selamatkan dan tabahkanlah saudara kami yg sedang dalam kesukaran musibah banjir. Cucurilah rahmat keatas roh mereka yg telah pergi kembali menyahut panggilanMu Ya Allah. Kami hanya mampu mendoakan dari jauh. Amat besar ujian dan cabaran yg harus mereka tempuh, mereka insan terpilih. Aku sendiri tidak sekuat mereka jika berada didalam situasi mereka.....

Berita ini benar2 menyentap perasaanku. Jauh disudut hati aku berharap berita ini tidak benar walaupun tahu tidak mustahil terjadi, kerana ramai mangsa yg dipindahkan terputus hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yg tidak dapat dikesan. Jika tadi aku bersedih mendengar bait lirik melangkah terpaksa.....kini aku menangis mengenangkan betapa beratnya ujian saudara2ku yg dilanda banjir......Ya Allah hanya Engkau Penolong kami......

Update: Gambar yg baru dikongsikan oleh netizen 28 Dec 2014 tentang bantuan di Kuala Krai, Kelantan.




Update: Terkini jumlah korban banjir yg dilaporkan secara rasmi oleh Ketua Polis Malaysia bagi ketiga-tiga negeri adalah seramai 21 orang. Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Jumlah korban tertinggi adalah dari negeri Kelantan. Manakala 10 orang dilaporkan masih hilang. Berita ini aku petik dari berita tv9 pukul 8.00 malam tadi 30 Dec 2014. Takziah kepada keluarga mangsa korban. Berita ini sangat menyedihkan dan memilukan...Allah lebih menyayangi mereka. Semoga keluarga mangsa tabah menerima ujian ini.


No comments: