December 10, 2015

Isteri Mengandung Mengamuk Kerana Suami Curang

CEILANDIA - BRAZIL. Seorang wanita dirakam mengamuk dan melepaskan marah ke atas sebuah kereta dipercayai milik suaminya yang didakwa berlaku curang, Sabtu lepas.

Sedutan rakaman video yang menunjukkan seorang wanita mengandung 'membelasah' kereta milik suaminya. - Sinarharian

Menurut laporan Dailymail, wanita tersebut yang juga sedang mengandung mendakwa ternampak suaminya dengan seorang wanita yang disyaki wanita simpanannya di sebuah restoran.

December 08, 2015

Suami Tak Sentuh Isteri Kerana Bulu

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami.

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

 Gambar rawatan laser tangan lelaki di sebuah pusat rawatan

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

November 27, 2015

56 Tahun Suami Dukung Isteri

SHANDONG - CHINA. Kerana sayangkan isteri, seorang lelaki tua berusia 84 tahun sanggup mendukung dan mengendong isterinya selama 56 tahun usia perkahwinan mereka.

Yuanfa bersama isterinya, Zhou Yuai

Du Yuanfa bersama isterinya, Zhou Yuai berkahwin pada November tahun 1958. Memetik laporan Shanghaiist.com, isterinya jatuh sakit ketika dia meninggalkan isterinya untuk mencari rezeki di sebuah lombong arang batu Bandar Tai’an.

November 24, 2015

Tabah Jaga Suami Lumpuh

SERDANG - Kerana cinta dan kasih sayang, seorang warga emas di Kampung Baru Ladang Selama, di sini setia menjaga suami mengalami strok sedangkan dirinya juga sudah uzur.

Esah Abd Rahman, 91 yang menghidap penyakit darah tinggi masih mampu menguruskan suaminya Samat Dahaman, 83, walaupun dirinya sudah lanjut usia.

 Esah berada di sisi Samat ketika berbual dengan Noridan di kediaman mereka.

October 13, 2015

Makin ramai nikah di Thailand

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberi tempoh tiga bulan kepada mana-mana pasangan dalam negeri ini yang telah melangsungkan perkahwinan di Wilayah Selatan Thailand yang bercanggah dengan Undang-undang Keluarga Islam Pahang mendaftarkan perkahwinan mereka.

Wan Abdul Wahid (tengah) ketika sidang media Program Pemutihan Perkahwinan Orang-orang Sialam Pahang di Selatan Thailand Yang Berlawanan Dengan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang, semalam.

August 27, 2015

Suci Dalam Debu

Maksud lirik lagu Iklim - Suci Dalam Debu yg pernah viral di facebook tidak berapa lama dulu. Selama ini mungkin ramai yg beranggapan lagu ini cinta kepada manusia. Namun disebalik lirik ini mengandungi maksud yg cukup indah dan mendalam...iaitu cinta kepada Allah. Lirik ini aku copy-paste dari komen encik/cik Abbey Mirol di youtube.

SUCI DLM DEBU-SALEEM
Lirik yg penuh bermakna: Siapa saya? Engkau bagai air yang jernih - (itulah diri kita yang sebenar -Ruh)
Di dalam bekas yang berdebu - (Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah)

August 19, 2015

Isteri Dipenjara Malas Cuci Pakaian Suami

SEORANG wanita di Mexico terpaksa bermalam dipenjara gara-gara enggan mencuci pakaian kotor suaminya. Dulce Requena Garcia, 21, menghabiskan 12 jam di penjara Tampico selepas suaminya, Edgar Ivan Perez Alvardo menghubungi polis kerana menuduhnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumah.

Gambar Sinarharian

Aku Rindu Kamu

Haaii...fuuhh..fuhh. Tiup habuk dan debu yg menebal di Milokaw ini sebab lama tak berupdate. Dah boleh buat bedak. Nampak tak kemalasan disitu? Ya..aku dilanda kemalasan yg amat dasyat sekali untuk mengupdate blog. Ini pun kerana rindu pada pembaca Milokaw yg sengaja mahupun tidak sengaja menjengah blog ini. Terima kasih juga pada readers dari negara jiran yg sudi bertandang ke blog ku.

Gambar hiasan

June 08, 2015

Gunung Kinabalu Bekas Gunung Berapi?

Keindahan Gunung Kinabalu menyimpan satu igauan ngeri bagi siapa sahaja yang tahu. Disebaliknya menyimpan seribu rahsia yang mana Gunung Kinabalu ini merupakan senarai 1 daripada Gunung Berapi Dunia.

June 05, 2015

Gambar Gempa Bumi Di Sabah 5 Jun 2015

Gambar² ni diambil dari facebook juga maklumat yg dikongsikan oleh suamiku dari sana. Semoga Allah melindungi saudara kita di Sabah, setakat ini laporan mengesahkan sudah ada kemalangan jiwa iaitu pendaki Gunung Kinabalu, berpuluh lagi dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan. Gegaran yg berdurasi sekitar 10 saat itu memeningkan kepala dan membuat orang ramai panik.

June 02, 2015

Diugut Bunuh Kerana Memeluk Islam

Kisah saudara baru ini dipetik dari laman facebook Sukanstar. Tertarik untuk aku kongsikan disini, semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini serta mendoakan saudara Adam Haris, atau Kumar nama sebelum memeluk Islam. Semoga dia tabah menghadapi ujian hidup setelah bergelar muslim, semoga kita tidak berputus asa mengharungi ujian Allah hingga kita kembali padaNya. Insyaa Allah.

Saudara Adam Haris

(Sukanstar) Dipetik dari FB Hasrul Hamimie

Suami Ugut Cincang Isteri Lepas Hampir Setahun Menghilang

BESUT - Setelah hampir setahun menghilangkan diri, seorang lelaki dipercayai penagih bukan pulang menjenguk keluarganya, sebaliknya dikatakan bertindak mengugut untuk mencincang isterinya sekiranya wanita terbabit keluar menoreh getah dalam kejadian di Kampung Pasir Akar, di sini, Sabtu lalu.

Gambar tiada kena-mengena

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori tiba-tiba bagai dirasuk hantu dan mengeluarkan pelbagai ugutan kepada isterinya berusia 44 tahun.

May 31, 2015

Mayat Bawah Lantai Rumah Teres Kepong Mayat Budak Lelaki

Akhirnya terjawab mayat yg ditanam dilantai dapur sebuah rumah teres di Kepong ini. Semoga penjenayah kejam yg membunuh kanak-kanak ini menerima balasan setimpal.

Dibawah adalah antara komen dalam facebook ketika metro melaporkan tentang pembunuhan yg masih belum terjawab sebelum ini. Betul lah apa yg mereka kata mayat kanak2.

Gambar myMetro
 
NiKz NikKy: Sy trjaga pg2 buta ni & trbca headlines psl kes ni...sy pn ada trbca komen2 abg ni kt page lain,headline sma...abg ni crita dia pnh nmpk budak slalu kuar ikut pintu blakang dapur mngsa tu sbelum ni...dia pelik budak tu slalu kuar masuk ikut pintu blakang wktu senja shj...dia crita kt wife dia...wife dia takut nk ke dapur...prasaan pelik abg ni trbongkar hri ni slepas pnemuan mayat...so,abg ni yakin la apa yg dia rsa pelik sbl ni rupanya ada kaitan dgn penemuan tu...rumah taman teres kan mmg dapur slalunya brtentangan dgn dapur rumah lain...mestilah abg ni tahu & boleh agak penyewa rumah sbl tu siapa sbb dia jiran...mgkn penah berborak ke sbl ni,itu kemungkinan la(bg jiran yg peka)...apapun boleh fhm la apa abg ni cuba smpaikn sbb kisah ni pn lebih kurg mcm dlm filem seram...lgpun ni baru laporan awal...slebihnya biarla pihak brwajib siasat dulu & kita semua tgu laporannya*
Like · 85 · Yesterday at 04:51

May 30, 2015

Penemuan Mayat Bawah Lantai Rumah Teres di Kepong

Kejadian ini mengingatkan aku kisah yg berlaku disebuah negara middle east yg disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zainuddin dari Indonesia tentang kisah seorang isteri yg membunuh pembantu rumah akibat salah sangka dan cemburu buta terhadap suaminya.

Gambar Hiasan

Suaminya yg menyintai isteri lalu memutuskan untuk sama2 melupuskan mayat dan bukti pembunuhan yg dilakukan isterinya itu dengan menanam mayat wanita tersebut didinding rumah sewa mereka. Selepas itu mereka berpindah.

May 15, 2015

Sebak Dan Sedih Hatiku....

Penat dan mengantuk! Patutnya waktu ni aku dah tidur, sebab keletihan. Balik dari kerja terus ke Semenyih rumah kakakku, dan lepas Isyak aku balik ke rumah Seri Kembangan ni. Dari MMU Cyberjaya ke Semenyih aku drive lebih satu jam. Jem dan jauh. Sebelum pukul 6 keluar dari office dan sampai rumah kakak aku pukul 7 lebih. Kat situ dah penat atas jalan saja.


Ayin anak kakakku, semacam merajuk bila aku katakan nak balik ke rumah. Bila nampak saja nenek bawa barang dan cakap nak balik, dia terus menangis. Aku ambil mak bawa balik ke Seri Kembangan.

May 08, 2015

Bayi Dibuang Dalam Pam Tandas BHP Pasir Besar

Apalah salah bayi malang ini diperlakukan sedemikian rupa? Sangat menyedihkan. Cukuplah dosa zina, apa ditambah lagi dengan dosa membunuh? Sedangkan dosa zina itu sendiri sudah terlalu hina, besar, dan tak tertanggung siksaan di kubur dan neraka kelak, bagaimana tergamak menempah azab yg baru pula?

Streamyx Rumahku Sudah Pulih

Alhamdulillah, pagi semalam aku ke TMpoint Cyberjaya untuk terminate Streamyx, petang semalam juga pihak kontraktor TM datang betulkan dan semalam juga dah boleh guna streamyx rumah seperti biasa.

Puan Milokaw Puan/Encik Bulus Penat dan mengantuk. Jantina tak dapat dikenal-pasti. Kemungkinan 'jantan, melalui air muka dan raut wajahnya.

Cepat dan efisien kan? TM tak setuju aku nak terminate....cepat2 mereka selesaikan masalah tersebut.

May 07, 2015

Pergi TM Nak Terminate Streamyx...TM Tak Bagi

Lucu kan? Tak lucu pun. Syok sendiri punya pertanyaan.

OK, ringkaskan cerita. Dah lebih seminggu aku bermastautin di Seri Kembangan. Malah cuti Labour Day dan Wesak Day baru ni aku balik Jengka 16 dan Merapoh dari rumah di Seri Kembangan. Kiranya, seronok aku rasa sebab lebih dekat dengan MMU Cyberjaya. Lebih jimat minyak dan tiada tol. Heavy traffic, memang tak boleh elak. Duduk dimana² bandar atau pekan pun tetap jem.


Berbalik kisah Streamyx. Minggu lepas hari Isnin, 27 April 2015, aku ke TMpoint Cyberjaya. Memaklumkan untuk pindah streamyx. Hari selasa 28 April, TM hantar kontraktor upahan mereka, encik Mutusamy (bukan nama sebenar) datang kerumah aku untuk pasang Streamyx. Malangnya, encik Mutusamy ni tak pandai gamaknya?

April 29, 2015

Gempa Bumi Nepal 7.8 Skala Richter Lebih 5000 Maut

Dibawah adalah gambar² sekitar Gempa Bumi yang berlaku di Nepal pada hari kelmarin, Sabtu 25 April 2015. Dalam sibuk² pindah, sempat juga mencuri baca berita terkini. Namun tak dapat update apa² di Milokaw. Hari ni baru ada peluang untuk update blog ini.


Gempa bumi ini telah mengorbankan lebih 7000 orang, manakala lebih 10,000 orang pula cedera. Penduduk disini terdiri dari majoriti penganut hindu, minoriti Islam, Kristian, dan agama lain.

April 24, 2015

Dulu Seri Kembangan kini Seri Kembangan

Salam rindu buat pembaca Milokaw yg budiman lagi kacak dan jelita. Cheewah, puji melambung gitu. Mengikut statistic di Milokaw, pembaca blog ini ramai terdiri dari wanita, iaitu lebih 60%. Manakala lebih kurang 40% lagi adalah lelaki.

Gambar tiada kena-mengena

Jadi, lebih ramai wanita yg menggemari blog Puan Milokaw. Maklumlah, Puan Milokaw pun perempuan kan...mestilah wanita lebih memahami wanita. Jadi, apa kaitannya dengan Seri Kembangan kak suzi oii?

April 21, 2015

Isteri Rantai Dan Kurung Suami Seperti Banduan

Kesian melihat pakcik ni. Bagaimana seorang isteri tergamak buat begini pada suaminya? Semoga kita para isteri dijauhkan dari sifat begini. Berita dipetik dari Sinarharian.

HUAUYAN - PERU. Seorang lelaki dirantai dan ditinggalkan kelaparan oleh isterinya di dalam sebuah pondok usang di sebuah perkampungan kecil di Huauyan, dekat Peru.

Pablo dirantai oleh isterinya - Foto CEN

Pablo Tamariz Coraquillo, 86 dikatakan dilayan seperti banduan oleh isterinya sejak kira-kira dua tahun lalu.

April 13, 2015

Hari Yang Sibuk Dan Penat

Dah lama Puan Milokaw tak meluangkan masa untuk blog ni. Berhabuk you all. Fuuhh. Tiup sikit. Sebetulnya, aku sangat sibuk tiga-empat minggu ni. Banyak urusan yg perlu diselesaikan. Hampir setiap minggu tak ada masa nak goyang kaki dirumah.


Aktiviti biasa berkumpul dan makan-makan bersama kakak, dan adik-beradikku pun turut terjejas. Clixsense pendapatan online pun, aku jarang log in. Sekarang dalam proses nak pindah rumah, mungkin tak stay di Kajang lagi dah. Tak pasti stay jajahan mana pulak.

April 08, 2015

Suami Potong Kaki Isteri Kerana Cemburu

El Rancho (Honduras): Seorang suami memotong kedua-dua kaki isterinya selepas mengesyaki wanita itu curang.

MARCIO Salazar ketika ditahan. Gambar kanan, Heydi di hospital.

Lelaki berkenaan, Marcio Matthew Salazar, 42, bertindak demikian mengguna parang terhadap isterinya, Heydi Waleska Hernandez di kediaman mereka di kawasan pergunungan di sini, Sabtu lalu.

April 04, 2015

Gambar Nahas Helikopter Tan Sri Jamaluddin Jarjis Terhempas

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Takziah kepada semua keluarga serta rakan-taulan mangsa yg terbunuh dalam insiden helikopter terhempas di Semenyih ini. Kesemua enam penumpang termasuk bodyguard, pilot, dan dato-dato serta Tan Sri Jamaluddin sendiri terbunuh.

March 27, 2015

Kanak-kanak 5 Tahun Dirogol Ketika ke Kedai

Syaitan atau binatang apa perogol ni? Sakitnya hati aku membaca. Semoga hukuman hudud Allah dapat dilaksanakan di Kelantan.
Hukuman yg tidak digeruni penjenayah dan perogol

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu, di sini.

Suami Serang Bekas Isteri dan Kekasih

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bertindak bagaikan gila talak apabila menyerang bekas isterinya bersama teman lelaki dalam satu kejadian di Kampung Mak Chili, Chukai, Kemaman, Selasa lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah memaklumkan, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.30 malam,

March 26, 2015

Tak Mahu Dilihat Sebenarnya Ingin Dilihat

Upload gambar berpurdah, tak mahu dilihat sebenarnya ingin dilihat.

Bukan aku yg cakap, sedakar copy-paste dari kata² ustaz Dr. Abdul Basit atau dikenali sebagai Dr Abu Anas Madani di facebook. Kata² dan gambar ini dipos oleh beliau sendiri yg meluah sedikit teguran kepada wanita berpurdah tapi suka upload gambar di facebook, bagai menagih pujian, likes dan view dari orang ramai. Tiada apa yg perlu aku tambah, apa yg penting nasihat ini memang sangat berguna kepada semua.


March 25, 2015

Gambar Pesawat Germanwings Terhempas

Berita tv9 malam tadi melaporkan sebuah pesawat tambang murah Airbus 320 Germanwings telah terhempas disebuah kawasan pergunungan Alps, Perancis. Pesawat ini membawa penumpang lebih 140 orang termasuk anak kapal dipercayai terkorban.

March 23, 2015

Beza Lelaki Dan Perempuan Bershopping

Setuju tak dengan gambarajah dibawah tentang tabiat para wanita dan lelaki apabila menjengah ke pasaraya besar? Gambar ni buat aku tersenyum sendiri, dan secara peribadi aku bersetuju dengan pandangan dibawah.

 Credit: Facebook Adios Smarta

Orang lelaki ternyata lebih 'simple' dan mudah dalam urusan bershopping. Manakala wanita pula, terlalu rumit dan rakus bershopping atau window shopping. Ya, bukan semua. Tapi kebanyakkan.

March 21, 2015

Unta Comel Menunaikan Solat.........

Jom tengok tiga gambar unta dibawah, gambar seekor unta mengajuk tuannya bersolat. Reaksi yang sangat comel dan mengagumkan. Mungkin nak beritahu kita supaya jangan malas solat? Lihatlah dunia, unta pun tahu bersolat. Alangkah aneh jika manusia tidak mahu solat? Gambar ni aku ambil dari group facebook dari negara sebelah middle-east :)

March 20, 2015

Ribuan Ikan Keli Terpelanting di Jalanraya

Gambar² ikan keli dibawah adalah kejadian di Ghuizao China pada hari kelmarin, dimana sebuah pintu lori tiba² terbuka lalu mengakibatkan ikan keli seberat  6800 kilogram tergolek-golek bergelimpangan ditengah jalan.


Menurut laporan yg aku baca di Sinarharian, sepasukan anggota bomba bergegas ketempat kejadian untuk membantu memasukkan kembali ikan keli tersebut kedalam lori. Malah orang ramai yg berada disitu turut membantu. Selepas dua jam ikan-ikan tersebut berjaya dimasukkan kembali kedalam lori.

March 19, 2015

Duit Pertamaku Hasil Dari Online

Hi guys...hari ni Puan Milokaw ada sesuatu nak kongsi dengan you olls. Apa? Resipi? Bukan...Puan Milokaw ni bukan pandai masak. Masak pun jarang² saja. Kita sebenarnya nak kongsi cerita.


Ingat tak bulan lepas kita kongsi artikel Nuffnang telah menendangku? Tapi sekarang Nuffnang dah pujuk aku balik, dah ada balance RM20 dah lebih-kurang. Dalam artikel tu aku ada sebut kerja online yg aku buat. Tak tahu? Tak tahu tak apa meh nak bagi tahu, duit yg aku dapat ni adalah duit hasil dari usaha gigih buat kerja disini.

March 18, 2015

BN sokong laksana hudud

Dun Kelantan: BN sokong laksana hudud

Benarkah apa yg aku baca ni? Kalau betul, Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT. Aku antara insan yg paling gembira mendengar berita ini. Akibat terlalu gembira walaupun belum ada kata putus dari kerajaan Malaysia, Puan Milokaw tetap nak berpolitik hari ini.


Aku tidak peduli sama ada seseorang tu penyokong DAP, PKR, atau UMNO BN, selagi dia menyokong perjuangan Islam dan hudud Allah, bagiku dia adalah sahabatku. Terus-terang, Puan Milokaw ni adalah penyokong PAS. Dalam hal hudud, tiada kompromi, sesiapa yg menyokong hukum Allah ini maka aku sangat berterima kasih dan menghormati mereka. Sesiapa yg menentang atau menolaknya, sekalipun dia mengaku dia Islam, maka dia adalah musuhku.

March 17, 2015

Suami Pukul Isteri Malas Goreng Lempeng

Sekali baca berita sinarharian, aku rasa tak berbaloi isterinya dipukul gara-gara lempeng? Goreng sajalah, apa masalahnya? Bukan susah pun. Betul tak? Mungkin itu yang kita terfikir bila melihat tajuk diatas.

Gambar hiasan

Sebelum menerawang jauh dengan fikiran negatif itu, negatif sebab tanpa membaca berita penuh tapi telah membuat kesimpulan hanya berdasarkan perenggan pertama, lalu tanpa membuang masa aku membaca berita penuh hingga selesai. Manalah tahu kalau² isterinya yang bersalah.

March 13, 2015

Wanita Bangga Aswad Ceraikan Isteri Kerananya

Tak terkata! Siapa Aswad? Aku pun tak tahu. Pada pertama kali aku membaca dan menatap gambar viral dibawah perasaan bercampur baur. Marah? Geram? Meluat pada wanita yg tidak tahu malu ini? dan juga simpati pada bekas isteri lelaki yg bernama Aswad ini? Bagaimana seorang wanita tergamak berkongsi gambar seperti ini dan meluahkan kata² tanpa sikit pun menjaga hati wanita lain?

March 06, 2015

Ramai Tentera Israel Jadi Gila

TEBING BARAT - PALESTIN. Beratus-ratus tentera Israel yang terlibat dalam Perang Gaza tahun lalu dilaporkan menjalani kaunseling dan rawatan psikoterapi.

 Reaksi askar Israel selepas berjaya keluar dari wilayah Palestin ketika Perang Gaza pada 2014.

March 04, 2015

Ternyata Murkesh Singh Ini Perogol Berhemah?

Siapakah lelaki yang aku maksudkan itu? Murkesh Singh adalah salah seorang diantara enam perogol yang telah merogol dan membunuh seorang wanita pelajar perubatan di India tidak lama dahulu, tahun 2012. Wanita dibawah bersama teman lelakinya menaiki bas lalu dirogol sekumpulan lelaki didalam bas tersebut sebelum dicampak keluar dari bas tersebut. Manakala teman lelaki wanita ini pula dicederakan.


Melalui gambar di atas, pada pandanganku cantik wanita ini. Semua gambar mangsa, gambar demonstrasi di India. New Delhi khususnya, dan gambar wajah penjenayah perogol ini aku petik dari portal berita diseluruh dunia yg melaporkan kisah tersebut. Statement dari lelaki ini pasti sangat memualkan dan menimbulkan kebencian dihati para wanita. Namun terselit kebenaran walaupun pahit untuk diterima. Apapun, itu bukan alasan untuk merogol.

March 03, 2015

Bekas Suami Psiko Ugut Dan Sebabkan Kematian Isteri

Alor Setar: “Kami mahu keadilan dan meminta pihak berkuasa mengheret suspek ke muka pengadilan. Tindakan dia melampau kerana pernah mengugut mahu mengikat sekali gus menjerut leher arwah dua minggu lalu.

“Mujur bapa saya yang tinggal bersebelahan rumah arwah terdengar pergaduhan mangsa dengan bekas suaminya. Kalau tidak, kami tidak tahu nasib arwah ketika itu.”

Anak mangsa - Muhammad Izzuddin (kiri) bersama Muhammad Danish menunggu jenazah Rosniza di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam. 

Empat Kes Tembakkan Dalam Sehari

Hebat! Empat kes tembakkan dalam sehari? Gambar dibawah Puan Milokaw ambil dari facebook yang dikongsikan oleh seorang teman bernama 'Debu Khayalan.' Kejadian tembak dibawah ini dilaporkan dalam berita hari semalam.

March 01, 2015

Isteri Curang Melekat Ketika Berzina

Johannesburg: Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang ‘melekat’ pada kekasihnya selepas mengadakan seks.

ORANG ramai berkerumun di luar apartmen berkenaan. - Gambar dan berita myMetro

February 25, 2015

Didik Anak-anak Cara Bersalam yg Betul

Dalam tak sedar, anak² dan adik² kita atau lebih tepatnya generasi masa kini telah mengamalkan cara bersalam menurut Yahudi dan Kristian. Perkara ini turut terjadi dalam keluargaku, dimana anak saudara sepupu, adik² sepupu yg masih kecil setiapkali balik ke kampung atau bersalaman dengan kanak² anak jiran tetangga atau rakan², mereka bersalam seperti dalam gambar (tengah) dibawah, cara Yahudi dan Kristian. Meletakkan tangan didahi. Bukan mencium tangan seperti gambar bawah. Hilang sudah kemanisan bersalaman cara Islam.

February 24, 2015

Nuffnang Menendangku...Kerana Clixsense, Uhh..

Hi guys....lama Puan Milokaw tak update blog. Berhabuk. Fuh...fuh...(tiup habuk). Tulah penyakit malas menjelma. Ok, bukan malas tapi sebenarnya tak ada mood saja nak berblog.
You all tau, I olls ni adalah pengiklan tegar Nuffnang. Bukan penyanyi cilik Tegar tu. Kiranya aku memang setia pada Nuffnang, walaupun setakat bertahun-tahun-tahun berblog hanya 17 hengget saja kutipan. Orang lain beratus, beribu, malah ada yg sampai cecah 5 angka kutipan dari Nuffnang, Itupun tak layak untuk aku miliki duit tersebut sebab belum cecah 50 hinggit. Syarat untuk dapat cek Nuffnang mesti kutipan dah RM50.

February 18, 2015

Suami Hina Isteri Gemuk..Geli Isteri Panggil Sayang

Diceritakan oleh seorang pengguna laman social facebook pada minggu lepas, kisah benar bagaimana seorang suami tergamak menengking dan menghina isterinya didepan orang ramai disebuah Pasaraya Billion, Port Dickson Negeri Sembilan.

Gambar tiada kena-mengena

Mood aku yg masih bersedih dengan kehilangan ulama tercinta TGNA membantutkan semangat untuk update blog. Hari ni baru terasa nak berkongsi cerita di blog. Semoga kisah pendek ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

February 13, 2015

Air Mata Mengiringi Pemergian Tuan Guru Nik Aziz

Tak pernah aku rasa sesedih ini selepas kehilangan atuk kesayanganku hampir sepuluh tahun yang lalu. Hari ni pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan yg sangat mendalam dalam diriku, dan seluruh pecinta ulama. Adakalanya tak dapat menahan sebak setiapkali melihat gambar² dan video yg dikongsikan oleh pelayar² internet facebook. Gugur laju air mata membasahi pipiku. Ya Allah, tempatkanlah tok guru kami itu bersama hamba² yg beriman dan dicintaiMu ya Allah......gambar bawah ni, nampak tak apa yg aku nampak? Kalimah Allah الله'' di awan. Gambar ini aku ambil di fb siakapkeli. Ramai yg perasan akan kalimah ini. Ada juga aku terbaca dan menonton berita dan video sebentar tadi awan mendung mengiringi jenazah tuan guru nik abdul aziz nik mat, namun hanya Allah jualah yg Maha Mengetahui.


Rumah TGNA Terus Dibanjiri Orang Ramai

KOTA BHARU - Kediaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus dipenuhi rakyat setempat dan luar negeri untuk turut sama majlis pengebumian yang dijangkakan jam 10.30 pagi ini.

Seawal jam 5 pagi lagi hampir 10,000 penduduk setempat dan rakyat seluruh negeri berkumpul di depan masjid Pulau Melaka untuk mendirikan solat subuh dan membaca Yassin.

Kelihatan orang ramai hadir ke rumah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu awal pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ulung itu. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH

Gambar orang ramai dibawah pula aku ambil dari facebook yg dikongsikan oleh netizens, suasana subuh di Pulau Melaka tempat tinggal Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sesak dan penuh dengan orang ramai dari malam tadi hinggalah kepagi ini.

February 12, 2015

Perginya TGNA Ulama Pewaris Nabi Mengadap Ilahi...

Dimalam Jumaat yg penuh keberkatan dan kemuliaan ini, mataku dah terlalu mengantuk walaupun jam baru menunjukkan 9.45mlm. Aku masuk tidur awal, tiba2 dalam pukul 10.00mlm aku terima whatsapp dari kakakku memberitahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia. Aku terkejut. Terus online facebook. Banyak status dan update news tentang pemergian tuan guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi....pada pukul 9.40 malam ulama yg disegani ramai ini telah kembali ke Rahmatullah, dirumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Sekitar tempat tinggal TGNA setelah berita pemergiannya. Suasana dipenuhi orang ramai
 
Mataku yg tadinya mengantuk, hilang begitu saja rasa mengantuk. Malah hingga kini tak mampu untuk lelapkan mata. Sebak dan sedih hatiku rasa....menitis air mata ku mengenangkan perginya seorang pewaris nabi.

Jenazah 15 Tahun Masih Sempurna

ALOR SETAR - Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, kelmarin.

Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga tempat penemuan jenazah seorang guru yang masih sempurna.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan tanah perkuburan masjid terbabit untuk menggali bagi mengebumikan jenazah baru bersebelahan kubur berkenaan.