January 05, 2015

Aku dan Misi Bantuan Banjir Di Kota Bharu

Alhamdulillah. Aku dah pun balik dari Kota Bharu, Kelantan pagi tadi 4 January, bersama TM staff 70 orang semuanya termasuk kami MMU staff 5 orang, 2 perempuan dan 3 lelaki. Program sukarelawan TM Rovers flood Relief. Bukan 65 orang seperti yg aku coretkan sebelum ini, ada penambahan last minute. Sebelum balik ke MMU kami ke Menara TM KL dulu untuk turunkan peserta lain, kemudian baru balik ke Cyberjaya, sampai MMU pukul 6.30 pagi. Mengantuk betul rasa drive dari office ke rumah...berjam-jam dalam bas.

 Bandar Kota Bharu yg terjejas


2 January, Jumaat 7.45 pagi lebih-kurang, kami berlima bertolak dari MMU menaiki bas MMU ke Menara KL untuk mengambil staff TM yg telah berkumpul di sana. Kemudian jam 10.30 pagi bas kami bertolak ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dengan 4 biji coaster, dan dua 4x4 (4wd). Tak pasti kalau aku tersalah kira jumlah kenderaan terlibat sebab sebahagian besar volunteers naik bas.

Sebahagian Bandar Kota Bharu yg terjejas


Banyak juga barang sumbangan orang ramai yg kami bawa. Perjalanan menyeronokkan, namun sesampai di Gua Musang suasana bertukar emosi apabila melihat kesan-kesan banjir. Apatah lagi setelah melalui Kuala Krai termasuk Kg.Pahi, dan Manik Urai yg teruk terjejas musnah dan tenggelam oleh banjir. Suasana menjadi sayu dan hiba.....ya Allah, besar ujianMu buat mereka. Kenderaan kami terperangkap dalam jem, terlalu banyak kenderaan 4x4 yg masuk kesini memberi bantuan kepada mangsa banjir Kelantan. Kami sampai di Kota Bharu sekitar jam 12.00 malam. Jalan yg rosak, pecah, dan tar yg terbelah akibat banjir melambatkan lagi perjalanan.

Teringat kalamullah, manusia itu diuji mengikut tahap keimanan masing2. Insyaallah aku percaya ramai mangsa banjir di Kelantan adalah kalangan hambaNya yg kuat imannya. Mereka masih mampu tersenyum dan melambai tangan kearah kami saat kenderaan kami lalu. Kanak-kanak kecil seusia anak saudaraku tetap ceria berbalas lambaian dengan kami. Begitu juga ibu-bapa mereka, walaupun ramai berkhemah ditepi rumah yg roboh dan rosak, serta ditepi jalan. Malah hampir semua bus stop sepanjang jalan menjadi tempat mereka tidur dan berteduh. Disitulah mereka makan dan tidur bertemankan sebatang-dua lilin.

Rumah tinggal tangga dan tapak

Tak kurang juga rumah yang hanyut, roboh, dan tinggal lantai. Sangat menyedihkan. Namun aku tahu kami mesti tabah. Tidak boleh tunjukkan kesedihan melampau, tidak juga gembira hingga mengguris hati insan yg sedang ditimpa musibah.

Di Kota Bharu pula suasana berbeza, aku dan kawan2 menjalankan misi di KB. Beberapa pasukan kami dipecahkan untuk ke Kuala-Krai, dan beberapa lagi kawasan banjir yg terlibat. Sesiapa pun boleh tawarkan diri untuk ke kawasan yang mereka mahu, tapi aku memutuskan untuk berada di bandar KB saja.

Rumah rosak, dan pecah

Memang tidak seteruk Manik Urai, mahupun beberapa kawasan Kelantan yg lain, namun banjir paras paha dan pinggang di Kota Bharu itu tetap memusnahkan harta-benda kedai-kedai dibandar tersebut. Termasuk bangunan Telekom sendiri. Habis musnah ditenggelami air. Malah surau yg kami bersihkan berselut, berlumpur. Rosak sebahagian harta-benda. Terpaksa dibuang begitu saja. Bandar KB kotor berdebu dan kaku. Banyak premis yg sepi tidak beroperasi, termasuk bank. Yang ada hanya sampah membukit dari premis mereka akibat ditenggelami air didepan deretan bangunan mereka. Itupun sebahagian besar sudah dibersihkan, yang kami lihat ini hanya tinggal sisa-sisa kotoran yg masih kritikal bagi kami orang luar yang tidak ditimpa banjir.

Seharian bergotong-royong mencuci, selesai segala urusan lebih kurang 9.45 malam kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur bersama pengalaman yg sukar dilupakan. Hampir semua peserta didalam bas termasuk aku tidur dalam kepenatan. Namun tak dapat menggambarkan kepenatan, kepayahan dan kelelahan mereka yg ditimba musibah banjir. Apatah lagi memikirkan mereka yg bergelap dalam khemah, di bus stop tepi jalan, tiada air, tiada elektrik, dan tiada rumah. Jika ada rumah pun perabut dan barangan semuanya musnah sama-sekali. TM point di Kuala Krai Kelantan turut musnah, yang tinggal hanya bangunan. Tapi tetap bernasib baik jika dibandingkan nasib penduduk yang hilang rumah, roboh, dan rosak.

Rumah roboh dan hanyut. Astro tetap teguh berpaut.

Pengalaman melihat dan membantu sendiri mangsa banjir ini, memberi pengajaran dan ilmu yg sangat berguna buat aku. Betapa aku hidup dalam kenikmatan dan kesenangan, namun masih gagal menjadi insan yang bersyukur. Insyaallah, akan aku perbaiki segala kelemahan diri agar menjadi insan yg lebih berguna dan sempurna disisi Allah. Dan Insyaallah juga aku berhasrat untuk menyertai misi bantuan yg seterusnya dalam masa terdekat ini jika diizinkan Allah SWT.

"Start today, Save Tomorrow"

Note: Semua gambar yg aku ambil ini adalah dari camera dan handphone yg banyak jasanya pada aku. Pasrahkan saja quality gambar. Tak banyak gambar rumah hanyut dan roboh yg sempat aku rakamkan kerana tergamam dan terkejut, tak bersedia dengan camera. Gambar diatas adalah beg dan barang yg aku bawa. Tak banyak. Tak tahu pun TM akan bagi T-shirt dan beg kecil coklat tu untuk kegunaan kami. Orang bagi kita merasa. Dalam gambar dekat beg tu teman seperjuanganku.

Next : Misi banjir Tanah Merah

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum. lama rasanye tak bukak blog suzi. tiba2 arini tergerak pulak nak bukak. byk jg entri nye. wahh bagus suzi jadi sukarelawan tm wakil mmu.


As,
bangunan sebelah.

Suzi said...

waalaikumusalam. lama x nampak as, harap² baik selalu Insyaallah. xderla wakil sgt pun, cuma volunteer jer.. :)