January 12, 2015

Bermandi Lumpur Di Tanah Merah, Kelantan

Alhamdulillah, misi bantuan banjir kami yg sekejap jadi sekejap tak jadi untuk ke Tanah Merah, Kelantan akhirnya terlaksana juga, walaupun aku dah meluah feeling di blog tentang misi sukarelawati sukarelawan yang terbatal, tak berapa jam lepas tu aku menerima panggilan telefon dan email memberitahu misi tetap diteruskan lewat malam.

Malam tadi kami selamat sampai dari Tanah Merah pada pukul 2.00 pagi di Cyberjaya. Bertolak pada pukul 3.00 petang dari Tanah Merah Kelantan melalui lebuhraya Terengganu dan Kuantan kerana tidak mahu mengambil risiko jalan rosak mahupun ditutup di Raub/Bentong.

Update: Gambar dari Utusan Malaysia 15 January 2015 (abaikan anak panah, itu pekerjaan colleague aku yg ternampak muka kami dalam newspaper)

Rumah dan kereta yang ditenggelami banjir di Tanah Merah, kelihatan sepi terbiar

Jumaat kelmarin, kami bertolak dua buah bas dari MMU Cyber pada pukul hampir 10 malam. Pelajar dan staff Melaka pula bertolak dua buah bas pada pukul 9 malam. Empat buah bas MMU bertemu di hentian tol Gombak sebelum meneruskan perjalanan. Kami melalui Lebuhraya Pantai Timur Kuantan Terengganu - jalan aku balik jengka. Staff yang terlibat dalam 60 orang kedua² campus termasuk profesor, doktor dan ketua jabatan. Tapi kami semua tak protokol pun, sempoi saja prof, doc dan chief kami. Biasalah orang lelaki, memang tak protokol kalau dibandingkan staff wanita. Jadi, kami semua selesa dan seronok dengan misi ini. Pelajar pula kurang dari 40 orang kedua-dua campus. Termasuk chinese, Indian, japanese, nigerian, dan middle-east students. Kiranya empat buah bas tu, ramai yg selesa duduk sorang² termasuk aku...tempat duduk kosong.

Gambar atas kenangan bersama semua volunteers Melaka dan Cyberjaya. - Aku duduk dikiri sekali. Kanan tu nigerian student. Gambar ni diambil selepas kami selesai melakukan kerja-kerja pembersihan pada hari pertama. Sebelum disambung lagi pada hari berikutnya.



Barangan elektrik yg ditelan banjir


Rumah diatas, pembaca boleh lihat sendiri paras banjir hingga menenggelamkan tingkap ditingkat bawah. Tidak hairanlah banyak kereta turut tenggelam. Bagi rumah yg tinggi mungkin tidak terlalu terjejas berbanding rumah papan yg banyak rosak, hampir roboh, malah pagar turut roboh akibat hentaman arus banjir yg kuat.


Diatas gambar sekolah yang kami gotong-royong bersihkan beramai-ramai. Banyak meja, kerusi, almari, peralatan, yg rosak dan kembang terpaksa dibuang. Tidak boleh dipakai sama-sekali. Yang elok kami cuci dan bersihkan. Gambar bawah aku ambil dari dalam bas sebelum balik. Dah bersih dari sampah sarap. Kami berjaya mencuci empat buah bangunan dalam tempoh dua hari tersebut. Gembira dapat membantu membersihkan tempat anak² setempat menimba ilmu. Gambar-gambar ketika melakukan kerja tak dapat diambil sebab sibuk dan berlumpur. Pun begitu tetap ada jurugambar dari MMU yg merakamkan gambar dan video gotong-royong sebagai simpanan pihak university.



Panorama yg biasa di Tanah Merah, dan kawasan² banjir di Kelantan. Ini kategori bersih jika nak dibandingkan dengan suasana selepas banjir. Sampah sudah sedikit dan hanya tinggal sisa-sisa seperti dalam gambar yg aku uploadkan ini. Kiranya ini sudah jauh lebih bersih dan kemas walaupun semak mata kita memandang.


Tshirts MMU dan Kelab Mesra MMU yg diberikan kepada kami untuk dipakai pada hari pertama, dan hari kedua pembersihan.


Aku akui, misi kali ini agak mencabar berbanding misi Kota Bharu yg lepas selain berselut, berlumpur, dan banyak barang dan peralatan sekolah yg musnah perlu kami buang. Jika minggu yg sudah setelah selesai dan kembali ke KL, hanya kepenatan dan kegembiraan membantu yg kami bawa balik, tapi kali ini bukan hanya penat, malah kaki dan paha pun turut terasa sakit. Namun kepuasan membantu itu jauh lebih nikmat dari kesakitan dan lenguh yg kami rasai.

Hanya ini hikmat-bakti yg mampu kami semua lakukan. Ia menyedarkan aku bahawa ujian Allah itu berat dan hebat buat mereka - mangsa banjir. Aku beruntung kerana tidak perlu melalui situasi banjir begitu. Kehidupan dan aktiviti harian mereka teruk terjejas. Paling aku kagumi sikap pelajar² lelaki international dan bukan melayu yg begitu bersemangat membantu. Begitu juga semua peserta yg bertungkus-lumus melakukan kerja dengan penuh semangat walaupun penuh kecomotan berselut dan berlumpur......

Next: Misi Banjir Bera, Pahang

No comments: