January 21, 2015

Aku Ingin Bahagia

Ya ampunn.....memang benar aku ingin bahagia. Tapi bukan Bahagia. Bahagia tu suami orang, walaupun aku minat lagu2nya, malah dulu suamiku pernah suruh dengarkan lagu bertajuk "Seribu Bayangan" sebelum kahwin tak adalah sampai aku tergila-gilakan penyanyinya itu -- Encik Bahagia atau lebih dikenali sebagai Bagio, penyanyi kumpulan Damasutra.


Bercakap tentang bahagia ni, aku memang rasa bahagia sebab baru balik dari kampungku Merapoh spend time with my grandmother..(oh my omputih). Terubat rinduku, tapi sedih juga sebab sekejap sangat dapat luangkan masa bersama nenda tercinta. Isnin tu aku dah bertolak balik Kajang. Tak puas rasa.....

Sekarang terasa rindu nak balik Jengka 16, rindu pada mak-abah aku dijengka pula, dan adik2 serta anak saudaraku yang dua orang di Jengka 11.

Alangkah bahagianya kalau apa saja yg kita impikan tercapai dalam dunia ni kan. Tapi itu adalah mustahil, kerana hidup ini adalah pentas ujian. Bahagia itu sangat sukjektif. Mengandungi pengertian yang sangat mendalam. (Tetiba puitis). Ada orang yg merasakan harta dan paras-rupa itu adalah kebahagiaan. Ada pula yg merasakan pangkat, nama dan kuasa juga kebahagiaan.

Namun kebahagiaan yg hakiki itu adalah milik Allah SWT yg diberikan kepada insan2 yg dicintaiNya. Makanya, kita melihat ada insan yg sangat daif dan miskin namun bahagia, ada insan yg serba-kekurangan juga bahagia. Ada insan yg segak, mewah segalanya juga dalam nikmat kebahagiaan. Lena tidurnya, tenang jiwanya. Tiada resah gelisah jauh sekali lalai dan leka hanyut dalam kemaksiatan. Kerana apa? Kerana bahagia itu adalah anugerah didalam hati bagi insan-insan yg sentiasa mengsyukuri nikmat Allah SWT.

Alangkah bahagianya jika aku ini termasuk kalangan hamba2Nya yg bersyukur? Sebagaimana mutiara kata Ibnu Umar Al-Khatab "Aku tidak peduli samaada aku menjadi kaya atau miskin, kerana aku tidak tahu manakah antara keduanya yg lebih baik buatku." Pasrah dan gembira dalam apajua situasi dan keadaan.

Insyaallah hari Jumaat nanti aku akan berangkat ke Temerloh pula, misi banjir seterusnya bersama MMU. Inipun mencari bahagia, bahagia menunaikan bakti kepada masyarakat. Kiranya itu yg mampu aku lakukan.........aku rela dan gembira dengan bakti tersebut.

No comments: