January 16, 2015

Merapoh Mu Tunggu Aku Datang

Insyaallah, sekejap lagi aku akan bertolak balik ke Merapoh negeri kampung kelahiranku untuk bertemu nenda yg tercinta, setelah sekian lama sejak banjir hari tu aku tak dapat balik ke Merapoh akibat jalan yg ditutup, dan misi-misi banjir yg aku sertai. Jambatan Bentong pun baru semalam boleh dilalui, selepas retak pada minggu lepas. Semoga perjalanan ini selamat pergi dan balik.

Salah satu gua legend di Merapoh. Dikenali sebagai gua tagang atau gua dot dot dot. Gambar ni aku ambil pada tahun 2009...makk aiii....lamanya. Berkulat dah. Kabus tebal menutupi bentuk gua Merapoh yg comel ini. Gambar bawah 2015.


Ikutkan pukul 10 malam nanti trip bantuan banjir MMU akan ke Pekan, Pahang. Esok petang balik kesini. Tapi tak dapatlah den nak join, sebab den dah ada plan sendiri. (Tetiba cakap nogori). Siap apply cuti hari Isnin lagi semata-mata sebab nak balik Merapoh.

Semalam masa di cafĂ© makan ada student tanya aku tak ikut misi banjir ke Temerloh ke hari ni? Aku cakap tak ikut, minggu ni hanya student yg ke Temerloh. Mungkin minggu depan giliran staff pula. Temerloh tempat aku dan adik-beradik aku di jengka melepak. Seronok juga kalau dapat berbakti di negeri dan tempat sendiri. Inipun misi TM rovers ke Manik Urai pun aku tak dapat offer diri, baru balik dari Tanah Merah, haruslah ada masa untuk diri dan keluarga sendiri juga. Kesian mak dan nenek aku. Anak dan cucu mereka ni asyik tak ada dirumah saja hujung minggu. Insyaallah next trip (Temerloh) aku akan join.....trip ke Pekan, dan Manik Urai ni tak dapatlah aku sertai.

Untuk beberapa ketika diluar Kajang ni, tak dapatlah aku update blog, surf internet kalau dapat pun lembab macam kura-kura kot. Maxis lah katakan. Pakai pakej data, whatsApp saja yang laju. Duit habis ditelan. Lainlah kalau aku balik jengka, streamyx kat rumah abah tetap laju. Oklah, aku nak baca news dan meninjau2 isu terkini sekejap sebelum bertolak ke kampung halamanku...

No comments: