January 08, 2015

Misi Banjir Esok yang Belum Pasti....

Hi u olls.....Insyaallah besok I olls (penulis) akan berangkat ke Tanah Merah, Kelantan misi bantuan banjir anjuran MMU. Empat buah bas, Cyberjaya dan Melaka campus. Bunyi macam banyak kan? Sebenarnya, staff cuma dalam 60 org volunteers, 30++ Cyber, dan 30++ Melaka staff. Manakala dua buah bas lagi student Melaka, dan student Cyberjaya. Bila dikumpul2, maka ramai dan banyaklah kenderaan dan orangnya. Barang derma dari orang ramai pun banyak yg nak dibawa esok.....Insyaallah.

Sekolah Manik Urai, Kuala Krai Kelantan hari ini

Pun begitu, aku pun tak pasti kalau tiba2 misi dibatalkan? Sebab dapat tahu dari whatsApp kawan2 TM, mereka cakap jalanraya Bentong-Kota Bharu dah dinaiki air, kenderaan ringan tak boleh lalu. Manakala, di Kuala Krai pula paras air semakin meningkat, Rovers TM untuk ke Manik Urai, Kuala Krai besok pun terpaksa dibatalkan malam ni immediately. Aku baca kat whatsApp. Malah, kata mereka, MMU pun mungkin akan batalkan plan kami besok memandangkan jalan ditenggelami air. 'Alaa.....aku dah siap packing dah.' Tapi, yerlah..kalau dah tak boleh lalu dan membahayakan semua orang, bagaimana? Itupun, kata whatsapp tadi sukarelawan yg dah berada di Kelantan dinasihati balik kesini.

Subhanallah aku harap tiada apa-apa yg tidak baik menimpa kita semua terutama saudara kita di Kelantan dan Pantai Timur. Aku pun belum buka facebook lagi untuk dapatkan berita terkini mengenai banjir atau paras air di pantai timur.

Beberapa hari ni, aku agak penat dan sibuk sikit untuk update Milokaw. Sebab tulah nuffnang tu baru 16 hengget, update blog pun malas. Bertahun berblog baru berbelas hengget? Tak ke haru tu. Mujurlah blog ini bukan sumber pendapatan aku......cuma suka-suka. Jadi, tak mengapalah walaupun tak pernah dapat cek RM50 macam orang lain. Eh..eh...ni apsal cerita pasal nuffnang dan duit pulak ni?

Oklah, sebelum merapu cerita pasal kenangan silam, duit kaya, bagai, eloklah penulis berehat dan layan facebook jap intai2 hot news, kot2 lah ada viral cadbury hebat lagi. Insyaallah, ada rezeki serta suntikkan rajin menguasai diri aku akan update lagi love new story....

No comments: