January 09, 2015

Misiku Yang Tergendala

Hi u olls....aku tak jadi pergi misi banjir hari ni. Bukan hanya MMU cancelled misi ni, malah TM dan banyak lagi rovers lain turut batalkan hasrat mereka untuk bertolak pagi tadi atas faktor² keselamatan memandangkan pantai timur terus dilanda hujan.

Jalan-jalan tenangkan fikiran

Huaa.....I dah pakai kasual dah, begitu juga temanku. Bawa beg dan keperluan lain lagi. Walaupun group TM dah whatsApp malam tadi and dah remind pasal pembatalan ni, tapi sebab belum ada keputusan muktamad dari MMU jadi kami pun bersedia sajalah. Walhasilnya cancelled.

Tak apalah, bukan aku sorang saja yg frust tak dapat pergi. Ada hikmah setiap perkara. Allah SWT lebih Mengetahui, dan Perancangan Allah SWT jauh lebih baik buat diri kita.

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, tetapi ianya buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". 

Makanya, janganlah kecewa atau marah bila sesuatu yg dicita atau dihajatkan itu tidak tercapai, kerana terdapat hikmah yg banyak yg mungkin sedikit saja kita tahu dan banyak lagi yg kita tidak tahu.

Memandangkan misi dah tergendala dan batal, jadi sekarang aku tengah fikir nak buat apa. Mungkin lepak kat rumah saja. Masak²? Makan²? Oh, sungguh geliga idea itu. Tengoklah macam mana....

No comments: