January 26, 2015

Pil Bakar Tubuh

Alor Setar: "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu.

BIBIR dan kulit wajah mangsa melecur teruk - myMetro

"Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.

Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya.

Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan. Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan. - myMetro

No comments: