January 22, 2015

Disebalik Kemusnahan Itu Ada Cahaya

Sesampai di kawasan musibah banjir ini, hati berkata 'patutlah hasrat untuk ke Manik Urai tidak terlaksana, jika berada di penempatan Gua Musang ini saja hati sudah tersentuh dan sedih melihat rumah² yg pecah, roboh, dan rosak. Bagaimana pula jika berada di Manik Urai yg total lost?'


Balik Merapoh hari tu aku ke Gua Musang, saja berjalan². Bandar baru tiada masalah, aku temankan nenek dan ibu saudaraku yg nak mencari sedikit barang di bandar baru Gua Musang. Terlanjur di Gua Musang kami melawat bandar lama, sekaligus melawat rumah adik sepupuku yg dilanda banjir hingga ke paras bumbung rumah akibat banjir. Banyak rumah yg tenggelam sama-sekali.


Gambar diatas adalah salah sebuah kedai sebaris dengan KFC yg tenggelam hampir paras bumbung di bandar lama Gua Musang, betul² sebelah jambatan dan di seberangnya pula (dekat gua) adalah stesen keretapi Gua Musang yg kesepian kerana tidak lagi beroperasi. Mungkin memakan masa yg agak lama untuk KTM kembali pulih beroperasi di pantai Timur seperti biasa. Manakan tidak, jalan keretapi habis rosak dan hanya tinggal batu? Manakala kebanyakkan kedai pula masih tutup akibat musnah.

Dibawah ni rumah adik sepupuku yg tenggelam sampai kebumbung. Habis rosak siling rumahnya, bukan itu saja beberapa rumah yg berdekatan dengan rumahnya ini hanya tinggal tangga dan tapak akibat dihanyutkan arus banjir. Terkelu dan tergamam aku melihat keadaan disini. Kawasan ini musnah sama sekali. Bagi yg membina rumah batu agak beruntung kerana hanya harta-benda didalam rumah yg musnah. Bagi rumah papan seperti adik sepupuku ini banyak yang roboh dan hanyut. Kira dia masih bernasib baik....masih punya rumah walaupun rosak teruk.



Gambar dibawah adalah jiran depan rumahnya. Rumah seorang ustaz. Tanah rumahnya kelihatan agak tinggi, kesan paras banjir boleh dilihat pada rumah yg berwarna merah tersebut, kereta tenggelam sepenuhnya. Tingkap yg tinggi turut disentuh air. Sungguh simpati melihat situasi mereka, tapi aku lihat adik sepupuku tenang saja. Mungkin kerana semua orang di kejiranannya mengalami nasib yg sama? Lalu perasaan sedih itu sedikit terubat.



Tapak rumah dan tangga-tangga yg menjadi saksi bahawa dulu disini tersergam sebuah rumah dan keluarga yg berteduh membesar disini.






Siling perlu diganti baru. Gambar bawah pula hanya tapak rumah yg tinggal bersama sebatang pokok. Rumah entah kemana. Rumah yg roboh itu pula hanya tinggal bahagian tangga. Anehnya, beberapa pasu bunga ini selamat dan hanya tumbang. Kuasa Allah SWT. Kata adik sepupuku, nenek suaminya yang tinggal dirumah ini sangat sayangkan bunga-bunga ini. Setiap petang membelai dan menjaga bunga² dan pasunya ini.......balak dan rumah pun hanyut dikawasan ini, bagaimana pasu bunga ini hanya tumbang dan tetap setia disini?



Pakaian mereka kotor berlumpur. Ada yg cuba membersihkannya, hasilnya badan mereka gatal² selepas memakainya. Akhirnya, terpaksa dibuang. Begitupun aku katakan padanya, Alhamdulillah setidak²nya rumahnya masih selamat dan masih boleh untuk berteduh dari panas dan hujan serta kepekatan malam. Bagaimana pula nasib mereka yg lebih teruk? Rumah musnah sama-sekali. Namun begitu, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya....Allah SWT lebih Mengetahui.

No comments: