January 22, 2015

Sesepi Sungai Relau Merapoh

Satu ketika dulu aku suka sangat mandi Sungai Relau Merapoh. Setiap kali balik Merapoh aku mesti ajak nenek, ibu saudara, dan adik sepupuku untuk mandi dan berkelah disini. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan. Sejak pihak Relau mengenakan bayaran RM1 untuk sesiapa yg nak mandi disini, aku dah tak sudi nak menjengah kesini. Sebab aku rasa tak berbaloi.


Hinggalah aku balik hari tu, ibu saudaraku beriya² ajak mandi disini. Hati terasa rindu, tapi menyampah pun ada. Ok, bukannya aku tak biasa berbayar setiap kali kemana² tempat tumpuan, masuk tandas pun kena bayar kan? Tapi bukan sungai seperti ni.

Kat tempat lain sungai lagi cantik dan menarik tapi tak pula dikenakan bayaran. Aku tak tahu atas faktor apa perlukan bayaran? Adakah sebab pengunjung tak putus² disini? Lalu ada pihak yg cuba mengambil kesempatan? Kalau nak katakan kenakan bayaran sebab nak bayar pekerja dan management di sini, aku tengok keadaan disini jauh lebih teruk dan terbiar berbanding dulu.











Sungai kelihatan tidak ceria. Makanan pun dah tak dibenarkan bawa, lucu kan? Hasilnya aku lihat hanya kami saja yang berada di Relau pada hari Ahad tersebut. Selepas beberapa ketika, barulah ada tiga orang pemuda yg datang mandi. Kalau dulu, hari Ahad lah penuh pengunjung. Hari biasa pun tetap ada orang. Malah kawasan disini bersih, kemas, dan happening. Sekarang keadaan terbiar apatah lagi selepas banjir. Rumput berjela panjang tak di trim. Dedaunan memenuhi lantai. Yang meriah dan tetap ramai hanyalah Ikan Kelah, yg setia berenang kesana-kemari dalam akuarium. Apa rasionalnya tak benarkan bawa makanan? Sedangkan semua pengunjung tidak membuang sampah dan sisa makanan sesuka hati.

Jangan samakan sungai ini dengan tempat kunjungan lain, ini kampung. Yang datang pun majoritinya anak² kampung disini dan yg berdekatan. Malah masih bersekolah, apakah wajar mengenakan bayaran kepada orang kampung yg kita tahu pendapatan mereka pun tidak seberapa? Setiapkali aku datang dulu, aku angkut semua adik² sepupuku. Jumlah kami lebih 10 orang, dan adik² sepupuku tu pula ramai yg masih bersekolah rendah. Seronok betul mereka.

Bagi budak² belasan tahun aku lihat ramai yg menaiki motorsikal, setakat 5-6 biji motorsikal itu biasa. Malah adakalanya lebih. Kini tempat parking pun kosong. Siapa nak parking? Ikan kelah?














Sungai Relau ni nampak sempoi, tapi jangan pandang 'enteng'...tempatnya bersih sebab kami takut nak buang sampah sembarangan walaupun ketika itu masih percuma. Airnya sejuk..dan sangat seronok untuk mandi. Mandi sekejap pun dah terasa menggigil.

Sayangnya, tempat ini tak diseliakan dengan baik. Jika betul cara pengurusan pasti tempat ini lebih meriah. Lebih maju, ramai pengunjung, dan lebih cantik berbanding dulu. Ini aku tengok macam tinggalan zaman jepun pulak...dahlah tak ada orang, apa yg ada disini pun tidak digunakan dan makan diri. Patutnya dah bayar, lagi terurus kan? Oh, macam mana nak terurus....sebab pengunjung pun jarang bertandang.

Ini cuma pendapat dan pandangan peribadi aku sebagai salah seorang pengunjung setia. Rugi rasanya tempat yg meriah dan ceria dulu bertukar dingin, dan sepi.

No comments: