January 27, 2015

Sungguh Seronok Mengecat di Bera Pahang

Baru-baru ni aku coretkan akan ke Temerloh untuk misi bantuan banjir disana, rupa²nya kami ke Bera, Pahang. Tak jauh pun dari Temerloh. Tempat kami pergi ni adalah Madrasah Darul Huda kg. Padang Luas, Bera, kawasan ni teruk dilanda banjir. Lebih paras hidung aku. Kedatangan kami ketika suasana sudah kering dan sedikit pulih. Satu bangunan surau telah di cat, kami hanya mengecat dua bangunan Pasti dibawah. Pengalaman ini aku kira sangat berharga dan menyeronokkan, sebab aku memang tak pernah ada pengalaman mengecat rumah....so, I like it. (Tetiba).


Gambar penulis -- Milokaw (berbaju hitam putih, tudung hitam, berdiri disebelah kawan tudung n baju oren tu) Tu lah kelebihan kecik ni, bergambar mesti kat depan. Kalau berdiri kat belakang, tak nampak pula.


Kat tepi sekali berkain pelikat tu ustaz madrasah ni. Ini adalah gambar rombongan kami semua Melaka dan Cyberjaya campus. Tak ramai, cuma dua buah bas. 3 biji van MMU. Itupun bas tak penuh. Macam hari tu juga ketika ke Tanah Merah, kami duduk sorang². Misi ke Bera Pahang cuma 4 orang staff perempuan dari MMU Cyberjaya termasuk aku, dan beberapa belas orang staff lelaki, bersama 2-3 orang students tak salah aku. Melaka pula aku tak tahu berapa jumlah mereka. Dalam gambar ni pun jelas tak ramai, inipun ada yg malas bergambar.







Tv dan komputer yg rosak akibat banjir. Aku cuma candid gambar monitor. CPU komputer ada sebelah tu, aku tak ambil.

Salah seorang sukarelawan yg gigih mengecat. Tak pasti plak nama apa, yg pasti team kami. Gambar bawah baju aku habis terkena cat, tudung pun sama. Semua orang comot dengan cat, tapi biasalah dalam gambar tak nampak. Sekarang kat rumah dah cuci lepas aku rendam dalam air sabun.










Rumah seorang nenek yg tinggal bersendirian tidak jauh dari Madrasah rosak dan runtuh akibat banjir. Orang kampung bersama sukarelawan bertungkus-lumus membantu nenek tersebut. Khemah menjadi tempat berteduh sementara. - Ikan keli tu milik seorang penduduk di kawasan ini, ada kolah keli dekat salah-satu rumah disini. Ada juga kawan kami yg membeli untuk dibawa balik.





Suasana didalam Pasti ketika dan selepas dicat. Ni gang Cyberjaya. Kebanyakkan staff lelaki mengecat diluar, kemudian membantu kami mengecat didalam bangunan pula. Bawah suasana lepas selesai di cat. Gambar sebelum di cat dan dibersihkan bilik ini aku langsung tak ambil....tak boleh tengok before n after? :))







Setidak²nya aku tahu, bantuan untuk mangsa banjir tu sangat luas. Bukan hanya membersih, memberus, buang sampah, mencuci dan seangkatan dengannya. Malah mengecat serta mengemas-kini bagi mencantikkan kembali sesebuah rumah atau bangunan selepas banjir itu juga salah satu bantuan yg sangat berharga.

Teringat perbualanku dengan seorang kakak, guru di Pasti ini, 'Kalau ikutkan kami, memang tak cat dah tempat ni. Mana ada duit.' Betul juga tu, orang dah tertimpa musibah dan kerugian yg banyak, lebih fikirkan apa yg lebih penting dan utama. Syukurlah rakyat Malaysia ni sangat pemurah jadi ramai yg bermurah hati menyumbang tenaga, wang, dan bantuan dari pelbagai sudut. Lalu, suasana yg rosak tadi kembali pulih, ceria, lengkap, dan lebih cantik.....

Throwback : kesan banjir di Gua Musang

No comments: