January 15, 2015

Tujuh Rentung Bas Persiaran Terbalik Dan Terbakar Di Tapah

Aku baru masuk office. Terkejut dengan berita dibawah tentang kemalangan berhampiran susur keluar di Tapah yang aku petik dari berita Siakapkeli, dan gambar dari Berita Harian cukup untuk menceritakan bagaimana rentetan kemalangan tersebut terjadi.

Menurut berita yg dilaporkan, sekurang²nya 7 orang rentung manakala berpuluh yang lain cedera selepas bas yg mereka naiki dari Kuala Kurau menuju Genting Highlands kemalangan melanggar tayar lori ditengah jalan, lalu terbabas dan terbakar selepas merempuh sebuah kenderaan dibahu jalan pada pukul 2.30 pagi tadi. Patutlah aku baru tahu.....masa kejadian ini berlaku aku dah lena beradu. Kemalangan yg sangat dasyat.

Keadaan bas yang hangus terbakar




Menurut berita itu juga, lebih-kurang 30 orang penumpang berada di dalam bas malang ini. Separuh dari penumpang berjaya diselamatkan oleh orang awam dan pihak PLUS dan dihantar ke hospital. Ngeri rasanya melihat gambar² dan video kemalangan ini.

Semoga mereka yg terlibat tabah. Begitu juga keluarga mangsa yg maut. Semoga juga mangsa yg terbunuh ditempatkan bersama orang² yang beriman jika mereka saudara Islam kita.

Dibawah adalah video dari siakapkeli. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut pembaca bolehlah membaca berita penuh di siakapkeli.com ini.

Update: Berita terbaru, 8 maut. Berita myMetro.

No comments: