February 25, 2015

Didik Anak-anak Cara Bersalam yg Betul

Dalam tak sedar, anak² dan adik² kita atau lebih tepatnya generasi masa kini telah mengamalkan cara bersalam menurut Yahudi dan Kristian. Perkara ini turut terjadi dalam keluargaku, dimana anak saudara sepupu, adik² sepupu yg masih kecil setiapkali balik ke kampung atau bersalaman dengan kanak² anak jiran tetangga atau rakan², mereka bersalam seperti dalam gambar (tengah) dibawah, cara Yahudi dan Kristian. Meletakkan tangan didahi. Bukan mencium tangan seperti gambar bawah. Hilang sudah kemanisan bersalaman cara Islam.

February 24, 2015

Nuffnang Menendangku...Kerana Clixsense, Uhh..

Hi guys....lama Puan Milokaw tak update blog. Berhabuk. Fuh...fuh...(tiup habuk). Tulah penyakit malas menjelma. Ok, bukan malas tapi sebenarnya tak ada mood saja nak berblog.
You all tau, I olls ni adalah pengiklan tegar Nuffnang. Bukan penyanyi cilik Tegar tu. Kiranya aku memang setia pada Nuffnang, walaupun setakat bertahun-tahun-tahun berblog hanya 17 hengget saja kutipan. Orang lain beratus, beribu, malah ada yg sampai cecah 5 angka kutipan dari Nuffnang, Itupun tak layak untuk aku miliki duit tersebut sebab belum cecah 50 hinggit. Syarat untuk dapat cek Nuffnang mesti kutipan dah RM50.

February 18, 2015

Suami Hina Isteri Gemuk..Geli Isteri Panggil Sayang

Diceritakan oleh seorang pengguna laman social facebook pada minggu lepas, kisah benar bagaimana seorang suami tergamak menengking dan menghina isterinya didepan orang ramai disebuah Pasaraya Billion, Port Dickson Negeri Sembilan.

Gambar tiada kena-mengena

Mood aku yg masih bersedih dengan kehilangan ulama tercinta TGNA membantutkan semangat untuk update blog. Hari ni baru terasa nak berkongsi cerita di blog. Semoga kisah pendek ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

February 13, 2015

Air Mata Mengiringi Pemergian Tuan Guru Nik Aziz

Tak pernah aku rasa sesedih ini selepas kehilangan atuk kesayanganku hampir sepuluh tahun yang lalu. Hari ni pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan yg sangat mendalam dalam diriku, dan seluruh pecinta ulama. Adakalanya tak dapat menahan sebak setiapkali melihat gambar² dan video yg dikongsikan oleh pelayar² internet facebook. Gugur laju air mata membasahi pipiku. Ya Allah, tempatkanlah tok guru kami itu bersama hamba² yg beriman dan dicintaiMu ya Allah......gambar bawah ni, nampak tak apa yg aku nampak? Kalimah Allah الله'' di awan. Gambar ini aku ambil di fb siakapkeli. Ramai yg perasan akan kalimah ini. Ada juga aku terbaca dan menonton berita dan video sebentar tadi awan mendung mengiringi jenazah tuan guru nik abdul aziz nik mat, namun hanya Allah jualah yg Maha Mengetahui.


Rumah TGNA Terus Dibanjiri Orang Ramai

KOTA BHARU - Kediaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus dipenuhi rakyat setempat dan luar negeri untuk turut sama majlis pengebumian yang dijangkakan jam 10.30 pagi ini.

Seawal jam 5 pagi lagi hampir 10,000 penduduk setempat dan rakyat seluruh negeri berkumpul di depan masjid Pulau Melaka untuk mendirikan solat subuh dan membaca Yassin.

Kelihatan orang ramai hadir ke rumah Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu awal pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ulung itu. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH

Gambar orang ramai dibawah pula aku ambil dari facebook yg dikongsikan oleh netizens, suasana subuh di Pulau Melaka tempat tinggal Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sesak dan penuh dengan orang ramai dari malam tadi hinggalah kepagi ini.

February 12, 2015

Perginya TGNA Ulama Pewaris Nabi Mengadap Ilahi...

Dimalam Jumaat yg penuh keberkatan dan kemuliaan ini, mataku dah terlalu mengantuk walaupun jam baru menunjukkan 9.45mlm. Aku masuk tidur awal, tiba2 dalam pukul 10.00mlm aku terima whatsapp dari kakakku memberitahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia. Aku terkejut. Terus online facebook. Banyak status dan update news tentang pemergian tuan guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi....pada pukul 9.40 malam ulama yg disegani ramai ini telah kembali ke Rahmatullah, dirumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Sekitar tempat tinggal TGNA setelah berita pemergiannya. Suasana dipenuhi orang ramai
 
Mataku yg tadinya mengantuk, hilang begitu saja rasa mengantuk. Malah hingga kini tak mampu untuk lelapkan mata. Sebak dan sedih hatiku rasa....menitis air mata ku mengenangkan perginya seorang pewaris nabi.

Jenazah 15 Tahun Masih Sempurna

ALOR SETAR - Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, kelmarin.

Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga tempat penemuan jenazah seorang guru yang masih sempurna.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan tanah perkuburan masjid terbabit untuk menggali bagi mengebumikan jenazah baru bersebelahan kubur berkenaan.

Wahai Lelaki, Hati-hati Naluri / Instinct Para Isteri

BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik.

Isteri Minta Cerai Kerana Suami Pandang Perempuan Lain

Assalamu’alaikum wr. wb.
Ustadz, Istri sy minta berpisah (cerai) dengan sy karena setelah sy melakukan kesalahan.

Berikut kesalahannya:
2 hari lalu sy bersama istri makan diluar (istri sy jarang masak dirumah, kebanyakan beli lauk) kemudian mata sy mabuk oleh wanita lain. Maka tak sy sadari sy dh terperangkap menatapi wanita tersebut. Yang berawal dr sy tertarik oleh motor yg dipakai (sy gak tau awalnya motor itu milik wanita tsb).


Bodohnya sy tidak menghiraukan istri sy.
Namun sy memang masih menatapi motornya pula. Yah intinya itu kesalahan besar (sy pun tak ingin istri sy menatapi laki-laki lain seperti sy menatapi wanita tsb). Sy sunggung menyesal, sy pun sedih melakukan perbuatan tsbt.

February 11, 2015

Menyesal Akibat Gugurkan Kandungan

DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.

Semua gambar penguguran bayi dlm artikel ini adalah pengguguran ditempat lain

Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.

February 10, 2015

Lelaki Belasah Wanita Kerana Hodoh

Kesian wanita ni. Bagi aku dia cantik jer. Cuma silapnya, dia pamerkan wajah yg telah di edit sepenuhnya dgn teknologi dilaman sosial. Bagi aku semua ciptaan Allah itu indah dan cantik, ada kelebihan tersendiri. Inilah risiko 'blind date', memang mengecewakan kalau harap cantik atau handsome semata². Teringat kisah lelaki bunuh diri di Filipina kerana terlalu kecewa wajah wanita yg dia jumpa tidak cantik seperti dalam gambar.

CHINA - Angkara merasakan dirinya tertipu, seorang lelaki tergamak memukul seorang wanita yang baru dikenalinya sebagai wanita cantik di media sosial bertukar menjadi sebaliknya.

Xiaojin Tuan, 32, mengenali Huang Mao melalui laman sosial WeChat dan gambar profil yang digunakan wanita terbabit berlainan dengan rupa sebenarnya.
 
 Wajah sebenar Huang Mao. - Foto CEN

Mengapa Langkah Kaki Kiri Dahulu Ketika Masuk Bilik Air?

Antara sunah Rasulullah SAW ketika masuk ke tandas atau bilik air ialah melangkah kaki kiri terlebih dahulu. Dan melangkah kaki kanan dulu apabila mahu keluar dari bilik air? Kita mungkin rasa biasa dan tidak endah mengapa hal ini demikian. Mungkin kita menganggap ianya cuma perintah dan larangan yg biasa?

Sesungguhnya, setiap semua sunah dan perintah serta larangan Allah itu mengandungi hikmah yg sangat besar termasuklah adab ketika kita ingin masuk ke bilik air ini. Dibawah diterangkan secara ringkas mengapa dan apa kelebihan adab tersebut menurut sains.

February 07, 2015

Wajah Kekasih yg Hilang.........

Suatu ketika dulu masa hakak (penulis) zaman remaja masa tunggu result SPM aku duduk di Gombak, Taman Greenwood Selangor. Aku kerja di sebuah pasar mini di Taman Greenwood tersebut. Setiap kali lepas dapat gaji bulan pertama dan kedua tu aku terus pergi shopping dekat kedai2 berdekatan. Tak menyempat2. Rakus kan. Patutnya berjimat-cermat.

OK, bukan nak cerita pasal rakus dengan dunia shopping. Tapi cerita tentang sebuah kenangan yg masih bermain di ingatan, bukan selalu. Kadang2, apatah lagi sejak semua tu dah lama berlalu.

Padah Suami 'Like' Gambar Perempuan di Instagram

Hanya kerana si suami menekan butang 'Like' gambar perempuan cantik di laman Instagram, seorang wanita telah mengamuk di ruangan komen gambar perempuan tersebut.

Gambar tersebut yang dipos oleh laman Instagram milik MSU University memaparkan aksi penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi itu yang menyertai aktiviti berbasikal.


Sorang wanita tiba-tiba muncul dengan komen “Abang like?” Ini kerana dipercayai suami beliau telah 'like' gambar tersebut yang membuatkan wanita itu mengamuk sakan diruangan komen.

February 06, 2015

Bapa Belasah Anak 7 Tahun Tak Mahu Beli Rokok

SEREMBAN -  Hanya kerana tidak dapat membeli rokok seperti diminta, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditumbuk, ditendang dan dilibas dengan tali pinggang oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Jujur, Sikamat, di sini, kelmarin.
 
Kanak-kanak malang itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas melarikan diri ke rumah jiran tidak jauh dari situ sebelum mengadu dirinya dipukul.
 
Muhamad Zaki ketika melawat kanak-kanak malang itu yang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, semalam.

February 04, 2015

Dilanda Sindrom Malas......

Salam satu malas Malaysia. Rasa macam lama pula tak mengomel dalam Milokaw ni. Itulah. Ada masa rajin, ada masa malas. Aku mencari ubat penyakit malas ni....kata orang, ubat malas ialah Rajin. Huh, senang betul ubatnya? Tapi nak rajin tu yg malas...................