February 13, 2015

Air Mata Mengiringi Pemergian Tuan Guru Nik Aziz

Tak pernah aku rasa sesedih ini selepas kehilangan atuk kesayanganku hampir sepuluh tahun yang lalu. Hari ni pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan yg sangat mendalam dalam diriku, dan seluruh pecinta ulama. Adakalanya tak dapat menahan sebak setiapkali melihat gambar² dan video yg dikongsikan oleh pelayar² internet facebook. Gugur laju air mata membasahi pipiku. Ya Allah, tempatkanlah tok guru kami itu bersama hamba² yg beriman dan dicintaiMu ya Allah......gambar bawah ni, nampak tak apa yg aku nampak? Kalimah Allah الله'' di awan. Gambar ini aku ambil di fb siakapkeli. Ramai yg perasan akan kalimah ini. Ada juga aku terbaca dan menonton berita dan video sebentar tadi awan mendung mengiringi jenazah tuan guru nik abdul aziz nik mat, namun hanya Allah jualah yg Maha Mengetahui.



Kalimah Allah dan Muhammad yang dikongsikan oleh pengguna facebook.

Gambar bawah ini pula dikongsi oleh salah-seorang yg datang ke Pulau Melaka, menurut komen yg dilontarkan, banyak burung yg berterbangan disini. Semoga TGNA bahagia dan tenang disana........












Lautan manusia bagai tak ingin melepaskan insan yang tersayang. Namun inilah kehidupan, setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati........itu janji Allah yg pasti. Masa buat kita pasti akan tiba jua. Hanya ilmu dan amal saja yang akan kita bawa bersama.

No comments: