February 25, 2015

Didik Anak-anak Cara Bersalam yg Betul

Dalam tak sedar, anak² dan adik² kita atau lebih tepatnya generasi masa kini telah mengamalkan cara bersalam menurut Yahudi dan Kristian. Perkara ini turut terjadi dalam keluargaku, dimana anak saudara sepupu, adik² sepupu yg masih kecil setiapkali balik ke kampung atau bersalaman dengan kanak² anak jiran tetangga atau rakan², mereka bersalam seperti dalam gambar (tengah) dibawah, cara Yahudi dan Kristian. Meletakkan tangan didahi. Bukan mencium tangan seperti gambar bawah. Hilang sudah kemanisan bersalaman cara Islam.


Nampaknya, terlalu banyak nilai kehidupan kita dipicu oleh budaya dan cara hidup agama lain. Mengapa? Kerana kita sendiri jauh dari mengamalkan al-Quran dan Hadis sebagaimana yg diajarkan oleh Rasululalh SAW. Pun begitu, belum terlewat untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Didiklah diri dan anak² kita agar kembali mengamalkan cara hidup Islam yg sebenar.

No comments: