February 04, 2015

Dilanda Sindrom Malas......

Salam satu malas Malaysia. Rasa macam lama pula tak mengomel dalam Milokaw ni. Itulah. Ada masa rajin, ada masa malas. Aku mencari ubat penyakit malas ni....kata orang, ubat malas ialah Rajin. Huh, senang betul ubatnya? Tapi nak rajin tu yg malas...................
Last weekend aku balik Jengka 16, bersama dengan adik dan kakak aku. Seronok..sebab dah lama juga aku tak balik jengka, last aku balik akhir tahun lepas tak salah. Terubat rindu aku pada parents dan adik-beradikku. Serta anak saudaraku yang dua orang di Jengka 11 tu. Balik malam Jumaat ke jengka, dan hari Isnin petang dah balik ke Kajang. Cuti Thaipusam hari Selasa semalam aku cuma lepak² kat rumah. Masa di jengka tu kami berjalan ke Temerloh, sambil tengok kesan² banjir, sambil membeli dan blah. Banyak kedai dan premis yg masih tutup akibat banjir, malah ada kedai yg masih menjual barang dan pakaian yg terkena lumpur.



Di  Kajang, pagi tu aku pegi econsave dan speedmart kat rumah beli barang dapur sikit. Bagi aku Econsave dan Speedmart masih relevan dan murah berbanding pasar besar atau pasar mini yg lain. Kalau nak berbelanja barang dapur murah dan menjimatkan aku syorkan kakak² dan adik² berbelanja disini. Ni free promotion, aku tak dapat apa² pun promote pasal econsave dan speedmart ni, tapi sharing is caring kan? Info yg baik memang wajar untuk dikongsi. Gambar diatas adalah dari search engine google.

No comments: