February 24, 2015

Nuffnang Menendangku...Kerana Clixsense, Uhh..

Hi guys....lama Puan Milokaw tak update blog. Berhabuk. Fuh...fuh...(tiup habuk). Tulah penyakit malas menjelma. Ok, bukan malas tapi sebenarnya tak ada mood saja nak berblog.
You all tau, I olls ni adalah pengiklan tegar Nuffnang. Bukan penyanyi cilik Tegar tu. Kiranya aku memang setia pada Nuffnang, walaupun setakat bertahun-tahun-tahun berblog hanya 17 hengget saja kutipan. Orang lain beratus, beribu, malah ada yg sampai cecah 5 angka kutipan dari Nuffnang, Itupun tak layak untuk aku miliki duit tersebut sebab belum cecah 50 hinggit. Syarat untuk dapat cek Nuffnang mesti kutipan dah RM50.

Ok...tahu tak? Dulu aku pengguna Nuffnang Glitterati. Bukan Geli. Glitterati. Hari ni? Sudah jadi Non-Glitterati. Sobb..sob. Sampai hati Nuffnang you buat aku cam gini. Sedih I olls. Glitterati ni bayaran iklannya lebih mahal, kalau non-glitterati tu lebih murah dan sikit. Contohnya duit aku dah dapat dari iklan 60 sen, tapi sebabkan status dah bertukar jadi non-glitterati maka hanya tinggal 30 sen. Kejam kan? Begitulah adanya jua.......sedih kan. Faham tak? Tak faham? Abaikan saja lah. Kiranya sekarang patutnya dah dekat 18 hinggit, tapi jadi 17 hinggit balik.

Semua ni terjadi adalah disebabkan aku letak iklan Clixsense tu. Syarat Glitterati mesti iklan Nuffnang seorang saja, tak boleh ada iklan orang lain di blog atau web kita. Alaa....berkira ngan awek sendiri.

Hokay, memang salah aku sebab tak setia dengan Nuffnang, tapi nak buat macam mana kan, Clixsense ni telah berjaya menarik hati dan perasaan aku. Bayarannya lebih dari Nuffnang. Sebab tu lah puan milokaw terpaksa iklankan clixsense ni juga.....sesiapa berminat click jer clixsense ni dan join bersamaku :) Nuffnang...maaf, kerana terpaksa menduakanmu sayang....eheh.

No comments: