February 12, 2015

Perginya TGNA Ulama Pewaris Nabi Mengadap Ilahi...

Dimalam Jumaat yg penuh keberkatan dan kemuliaan ini, mataku dah terlalu mengantuk walaupun jam baru menunjukkan 9.45mlm. Aku masuk tidur awal, tiba2 dalam pukul 10.00mlm aku terima whatsapp dari kakakku memberitahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia. Aku terkejut. Terus online facebook. Banyak status dan update news tentang pemergian tuan guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi....pada pukul 9.40 malam ulama yg disegani ramai ini telah kembali ke Rahmatullah, dirumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Sekitar tempat tinggal TGNA setelah berita pemergiannya. Suasana dipenuhi orang ramai
 
Mataku yg tadinya mengantuk, hilang begitu saja rasa mengantuk. Malah hingga kini tak mampu untuk lelapkan mata. Sebak dan sedih hatiku rasa....menitis air mata ku mengenangkan perginya seorang pewaris nabi.




Hilangnnya sebutir permata. Kehilangan seorang ulama bukan seperti orang awam seperti kita, yg patah akan tumbuh, yg hilang akan berganti. Tetapi, ulama Allah sudah janjikan, pada akhir zaman begini Allah akan mencabut dan hilangkan keberkatan dan ilmu Islam itu satu-persatu....salah satunya adalah dengan cara pemergian ulama yg benar. Kita kerugian dan kehilangan yg amat besar tanpa sedar mahupun sedar.

Gambar atas - Orang ramai berpusu-pusu datang kerumah TGNA ketika ini, solat jenazah dan pengkebumian akan dilakukan pada hari esok jam 10 pagi. Gambar2 bawah pula adalah kenangan TGNA.


Salah seorang kenalan fbku...lelaki berbangsa cina Tionghua tuan Jefri Chua mencium tangan TGNA ketika bertemunya satu ketika dulu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)."
(HR. Imam Bukhori)

Hari ini...malam ini....ketika ini adalah saat yg amat menyedihkan bagiku. Buktikanlah kecintaan kita kepada Allah, Rasul, nabi, dan para alim-ulama dengan mengikuti jejak mereka......walaupun sukar harus kita lakukan, kerana hanya itu saja jalan yg benar.

Lagi - suasana ditempat tinggal TGNA di Pulau Besar yg semakin dilimpahi orang ramai

Laluan Ditutup - dibawah sumber yang aku petik dari facebook.

Dari sahabat
Guna laluan dri bachok n tawang nok masuk ke kedai lalat...jgn guna laluan utama kubang kerian...jeng teruk dah
Mklum pada yg lain sekali...bleh masuk ikut..kg chepa ....
Mintak perhatian.. esok semua tak dibenarkan masuk ke Pulau melaka.. kenderaan kena parking di stadium dan pengakutan akan disediakan oleh kerjaan negeri ke pulau melaka...
Jln pulau melaka tutup dh
Sahabat duk sana bgtaw akny
 

Info terkini:- 
Kpd yg ingin menziarahi... Dinasihatkan pergi awal sbb jalan 5 kilometer dari rumah Tn Guru telah ditutup oleh pihak PDRM berikutan lautan manusia yg mengunjungi jenazah beliau... Jenazah akan disembahyangkan di masjid Pulau Melaka pd jam 10 pg....

Makluman terkini jam 11.55 malam:

1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.
2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg.
3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal.
Mohon sebarkan.  - facebook King Jason
 
Dari Allah kita datang...kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.

No comments: