February 07, 2015

Wajah Kekasih yg Hilang.........

Suatu ketika dulu masa hakak (penulis) zaman remaja masa tunggu result SPM aku duduk di Gombak, Taman Greenwood Selangor. Aku kerja di sebuah pasar mini di Taman Greenwood tersebut. Setiap kali lepas dapat gaji bulan pertama dan kedua tu aku terus pergi shopping dekat kedai2 berdekatan. Tak menyempat2. Rakus kan. Patutnya berjimat-cermat.

OK, bukan nak cerita pasal rakus dengan dunia shopping. Tapi cerita tentang sebuah kenangan yg masih bermain di ingatan, bukan selalu. Kadang2, apatah lagi sejak semua tu dah lama berlalu.

Benar ingatan tu telah lama tidak menyinggah fikiranku (bahasa puisi William Shakespeare), tapi bila terdengar lagu Wajah Kekasih nyanyian Dato' Siti Nurhaliza mengingatkan kembali aku padanya.......siapa...? Tunggu.....

Ecehh, kalau tak ada unsur mengada dan tergedik tak boleh ke? Baiklah, aku serious. Masa berkerja di Pasar Mini Garu Sajalah tu, ada seorang customer tu nama dia Din, dua tahun tua dari aku. Brother ni boleh dikatakan regular customer...hampir setiap hari dia dating ke kedai kami. Kalau tak dating datang pun dia akan lalu depan kedai kami dengan motor Viragonya bersama kawan atau kadang2 berseorangan.

Virago - Gambar Hiasan duniawi

Pendek cerita, kami berkenalan. Abang din aku panggil dia. Tapi cuma berbual2, dia orang Johor, Kota Tinggi. Soft-spoken, berkulit cerah, kurus tinggi. Rambut paras bahu. Seriously, masa mula2 aku nampak dia datang kedai aku suka tengok dia, tapi dalam hati cakap dia sombong. Mahu tak sombong? Jangan kata nak berbual, senyum pun tidak. Pandang kita pun macam tak wujud. OMG. Cakap orang futih. Baguslah, tak ada nak menggatal tak tentu hala kan?

Walaupun pendiam, Abg Din kerap telefon aku, yerlah aku pun single dan masih adik2 padanya. Kami tak pernah keluar cuma berbual di kedai bila dia datang membeli. Tak pernah ambil kesempatan pun kat aku. Cuma ada juga dia belanja beli makanan, kami bawa balik kerumah habis kena marah dengan makcik tempat aku tinggal. Dia marah sebab aku layan lelaki kat kedai.....sebetulnya aku cuma layan Abg Din seorang, sebab aku suka Abg Din ni..miangnya haih!

Yg lain aku tak layan walaupun masa tu ada dua-tiga orang pelanggan yang suka ganggu nak berkawan dengan aku.

Abg Din ajak aku kerumahnya di Johor dan kenal dengan keluarganya. Dia juga suruh aku ambil nombor telefon rumahnya, tapi aku menolak. Sebab rasa tidak perlu pada ketika itu.

Akhirnya genap tiga bulan aku terpaksa berhenti kerja dan pulang ke jengka untuk ambil result SPM. Tak sempat bertemu dan meluah keadaan tersebut pada abg din. Aku terus menetap di Pahang lepas SPM. Manakala kawan aku pula terus berkerja di Pasar Mini tersebut.

Masa tu setiap kali dengar lagu Wajah Kekasih hati aku rasa sayu teringat kat abg Din. Aku terputus hubungan begitu saja dengannya. Yang lebih menyedihkan, rupa2nya aku dapat tahu.....Abg Din ada beri nombor telefonnya pada kawan aku supaya berikan pada aku. Malangnya kawan aku tu tak beri pun pada aku. Setelah beberapa bulan berlalu dan dia dah balik berkerja di Pahang ketika terserempak dengan aku, dia cakap dia lupa nak bagitau lepas aku berhenti kerja dan nombor tu pun dia dah tak simpan, Ya Allah...kecewa betul aku dengar. Walhal dia tahu aku suka berkawan dengan Abg Din (nama penuh aku lupa, yg pasti bukan Nordin, Budin pun bukan)......itulah yg menyebabkan kami sama2 lost contact. Mungkin tiada jodoh kan....ketika tu terasa rugi sebab aku tak ambil nombor telefon rumahnya yg pernah dia nak bagi pada aku.

Hingga hari ni bila dengar lagu Siti tu aku mesti teringat. Apa khabar dia agaknya? Semoga Allah temukan dia jodoh yang baik...dan kurniakan keluarga yg sakinah. Bahagia bersama keluarganya dunia-akhirat. Aku percaya dia lelaki yg baik. Tak pernah ucapkan ucapan yg kotor atau berbaur miang setiapkali berbual dengan aku.....benarlah, insan yg baik-baik itu selalu dikenang dan hadirnya hanya sekali.


No comments: