March 23, 2015

Beza Lelaki Dan Perempuan Bershopping

Setuju tak dengan gambarajah dibawah tentang tabiat para wanita dan lelaki apabila menjengah ke pasaraya besar? Gambar ni buat aku tersenyum sendiri, dan secara peribadi aku bersetuju dengan pandangan dibawah.

 Credit: Facebook Adios Smarta

Orang lelaki ternyata lebih 'simple' dan mudah dalam urusan bershopping. Manakala wanita pula, terlalu rumit dan rakus bershopping atau window shopping. Ya, bukan semua. Tapi kebanyakkan.

Teringat ketika aku kepasaraya bersama mak-abah dan adik-adik. Hatta bersama kakakku, dan suaminya. Dan juga ketika aku bershopping bersama suamiku sendiri. Terbukti, abah, suamiku, suami kakakku, dan adik² lelaki kami lebih simple macam dalam gambar ni ketika menemani kami ke pasaraya.

Malah pernah masa kami sekeluarga membeli di pasayara di Temerloh, abahku cepat² suruh ambil apa yg nak dibeli, sebab lama menunggu kami terkedek-kedek melihat barang. Tak beli pun. Mood nak berwindow shopping terbantut. Sebab tu kalau nak membeli-belah kami lebih suka pergi sesama kaum perempuan saja.

Jadi, gambaran diatas hampir 90% adalah benar. Pengalaman aku, masa bujang dulu selalu shopping seorang diri seharian sampai lenguh dan sakit kaki. Setakat masuk ke kedai yg sama berulang-kali ketika shopping? Memang selalu aku, kakak serta adik perempuan aku buat. Huh, rajin betul masa tu. Kalau sekarang, dah agak malas...pergi shopping barang dapur pun cepat² nak balik. Keluar pukul 10 pagi, pukul 2 petang dah balik..itupun dah kepenatan. Itupun sebab barang dapur, kalau membeli-belah benda lain mau seharian juga gamaknya? Oh tidak. Itu sangat memenatkan.

No comments: