March 18, 2015

BN sokong laksana hudud

Dun Kelantan: BN sokong laksana hudud

Benarkah apa yg aku baca ni? Kalau betul, Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT. Aku antara insan yg paling gembira mendengar berita ini. Akibat terlalu gembira walaupun belum ada kata putus dari kerajaan Malaysia, Puan Milokaw tetap nak berpolitik hari ini.


Aku tidak peduli sama ada seseorang tu penyokong DAP, PKR, atau UMNO BN, selagi dia menyokong perjuangan Islam dan hudud Allah, bagiku dia adalah sahabatku. Terus-terang, Puan Milokaw ni adalah penyokong PAS. Dalam hal hudud, tiada kompromi, sesiapa yg menyokong hukum Allah ini maka aku sangat berterima kasih dan menghormati mereka. Sesiapa yg menentang atau menolaknya, sekalipun dia mengaku dia Islam, maka dia adalah musuhku.

Siapa kita untuk menolak hukum Allah SWT? Udara yg kita sedut pun adalah anugerah Allah, sedarlah diri kita. Jangan sesekali angkuh memberi seribu macam alasan untuk menolak hudud.

Dibawah petikkan berita dari Sinarharian. Tahniah BN Kelantan atas sokongan anda kepada usul hudud yang dibentangkan oleh PAS Kelantan diparlimen hari ini. Kita Islam, siapa lagi jika bukan kita yg menegakkan hukum Islam dimukabumi Allah SWT ini?

Tan Sri Annuar, antara pemimpin BN Kelantan yang menyambut baik cadangan hudud.

KOTA BHARU - "Saya sokong pelaksanaan hudud kerana ALLAH, bukan kerana Umno," kata Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika membahaskan rang undang-undang hudud di Dun Kelantan hari ini.

Beliau yang mewakili semua Adun BN menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015 yang dibentangkan hari ini.

No comments: