March 03, 2015

Empat Kes Tembakkan Dalam Sehari

Hebat! Empat kes tembakkan dalam sehari? Gambar dibawah Puan Milokaw ambil dari facebook yang dikongsikan oleh seorang teman bernama 'Debu Khayalan.' Kejadian tembak dibawah ini dilaporkan dalam berita hari semalam.


Mangsa kejadian di kajang tu adalah salah seorang Pemuda MIC, yg juga merupakan ahli perniagaan. Jelas pada gambar dibawah bagaimana dia ditembak dari luar. Tak jauh pun dari rumah aku Jalan Reko ni. Tempat aku dan makku shopping barang dapur di sinilah.

"Seorang ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak bertalu-talu dua lelaki dipercayai ‘pembunuh upahan’ ketika berhenti di lampu isyarat. Dalam kejadian jam 12.46 tengah hari semalam, mangsa, Thanabalan Muniandy, 38, diserang ketika memberhentikan kereta Honda Accord dipandu berhampiran lampu isyarat merah di Jalan Reko." Ayat ini aku petik dari berita myMetro.


Setiapkali membaca kes jenayah rogol, bunuh, tembak, rompak, ragut, gejala sosial, dan macam² lagi, aku hanya terdiam. Bukan tak bersimpati, tapi aku merasakan inilah balasan dari Allah SWT kepada manusia yang tak mahu menjalankan hudud Allah. Maka, banyaklah gejala sosial dan jenayah yg berlaku tanpa henti.

Teringat kisah seorang pelajar international - Middle east yg ditangkap polis kerana mencuri beberapa tahun lalu, apabila ditanya 'Mengapa mencuri?' Jawab pelajar tersebut yg membuatkan kami sakit hati mendengarnya, 'Sebab, di Malaysia tak kena potong tangan.' Polis hanya terdiam. Begitu juga staff yg terlibat menguruskan pelajar tersebut. Mereka ni, bukan tak ada duit tapi ada perangai yg memang suka mencuri. Pergi ke pasaraya, syampu dan benda² kecil pun nak dicuri. Taknak bayar. Kami berhadapan dengan macam² ragam pelajar international.

Persoalannya disini, manusia tidak takut pada hukuman ciptaan manusia. Hanya hudud Allah yg ditakuti dan digeruni. Malangnya ramai yg menentang. Sementalah, mereka sendiri pelaku jenayah dan maksiat. Nah, hasilnya setiap minit, setiap saat, ada saja kes jenayah dan maksiat yg dilaporkan tanpa henti.....Malah banyak kes yg tidak selesai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya walau sudah bertahun² berlalu.

Hudud itu mendidik. Statistik dinegara² yg menjalankan hudud, jenayah dan maksiat lebih sedikit berbanding negara² yg tidak menjalankan hudud. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk manusia ciptaanNya. Dia juga tahu Hukuman apa yg terbaik dan sesuai untuk sekalian manusia. Mengapa mesti angkuh sombong menentang?

No comments: