March 06, 2015

Ramai Tentera Israel Jadi Gila

TEBING BARAT - PALESTIN. Beratus-ratus tentera Israel yang terlibat dalam Perang Gaza tahun lalu dilaporkan menjalani kaunseling dan rawatan psikoterapi.

 Reaksi askar Israel selepas berjaya keluar dari wilayah Palestin ketika Perang Gaza pada 2014.

Menurut Israel Today, lebih 350 anggota tentera telah menerima rawatan untuk gejala berkaitan tekanan selepas trauma, produktiviti rendah serta mengalami mimpi buruk yang berulang-ulang.

Malah, ada di antara mereka mengalami tekanan yang teruk selepas perang  berakhir.

Peperangan yang mengorbankan 2,200 rakyat Palestin itu berakhir Ogos, tahun lalu. - Press TV - Sinarharian.

Suspen betul, Puan Milokaw ingatkan panjang beritanya, rupanya pendek sangat berita Sinarharian ni. Kalau betul seperti yg Israel laporkan, baguslah. Semoga lebih ramai lagi tentera mereka yg mengalami tekanan dan masalah mental selepas teruk membantai dan menyembelih saudara Islam kita di bumi Palestine.

No comments: