March 20, 2015

Ribuan Ikan Keli Terpelanting di Jalanraya

Gambar² ikan keli dibawah adalah kejadian di Ghuizao China pada hari kelmarin, dimana sebuah pintu lori tiba² terbuka lalu mengakibatkan ikan keli seberat  6800 kilogram tergolek-golek bergelimpangan ditengah jalan.


Menurut laporan yg aku baca di Sinarharian, sepasukan anggota bomba bergegas ketempat kejadian untuk membantu memasukkan kembali ikan keli tersebut kedalam lori. Malah orang ramai yg berada disitu turut membantu. Selepas dua jam ikan-ikan tersebut berjaya dimasukkan kembali kedalam lori.

Tersenyum sendiri aku membaca salah-satu komen di Sinarharian, yg ditulis oleh facebooker Mohd Huzairi Kassim "Kalau kat Malaysia, ikan keli tu masuk kereta lain bukan lori tu balik..hahaha." Betul juga tu. Komen yg mendapat puluhan like dari para pembaca.






No comments: