March 17, 2015

Suami Pukul Isteri Malas Goreng Lempeng

Sekali baca berita sinarharian, aku rasa tak berbaloi isterinya dipukul gara-gara lempeng? Goreng sajalah, apa masalahnya? Bukan susah pun. Betul tak? Mungkin itu yang kita terfikir bila melihat tajuk diatas.

Gambar hiasan

Sebelum menerawang jauh dengan fikiran negatif itu, negatif sebab tanpa membaca berita penuh tapi telah membuat kesimpulan hanya berdasarkan perenggan pertama, lalu tanpa membuang masa aku membaca berita penuh hingga selesai. Manalah tahu kalau² isterinya yang bersalah.

Apa yang aku dapati tidak seperti yang aku fikirkan. Ternyata suami wanita ni memang melampau. Aku katakan macam tu sebab dia boleh dikategorikan tidak sedar diri. Mengapa tidak? Kalau pukul 12 tenghari baru bangun, minta pula yg bukan²...dahlah bangun lambat, demand nak makan lempeng pula. Walhal sang isteri sudahpun menyediakan makanan tengahari. Makan sajalah apa yg sudah dimasak. Mengada² betul kau yer.

Yer, bunyinya mudah hanya membancuh tepung dan menggoreng di kuali. Tapi, wahai suami anda harus ingat, isteri anda bukannya kuli Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau sikap anda sendiri malas berkerja, sakit mata memandang asyik terperuk dirumah bangun pun lambat, isteri mana yg boleh bersabar? Kalau sehari-dua mungkin tak mengapa. Kalau dah berbulan atau bertahun? Fikir²kan lah. Lebih malang lagi dalam kes ini, tepung pun sudah habis. Bukan isterinya sengaja malas buat lempeng. Ada kau nak beli tepung?

Bukan hanya dipukul, malah lelaki ini memijak leher isterinya. Wajarkah begitu? Biasanya isteri akan tetap melayan suami walaupun malas, hatta terpaksa bangun 2-3pagi hanya untuk sediakan maggie rebus atau kuih ketayap. Aku cakap macam ni melalui pengalaman orang sekeliling juga. Isteri takkan berkira, kalau suami pun rajin berkerja dan bertangunggjawab. Tapi, kalau dah pemalas, tidak bertanggungjawab pula, isteri mana yg nak layan? Sebulan-dua boleh la hadap.

Untung wanita ini hanya melaporkan kepada polis selepas dua hari kejadian. Itupun sebab tubuh-badannya lebam² dan tidak boleh bergerak.

Aku faham, ada suami yg mungkin lebih teruk dari suami dalam kisah ini. Malah isteri mereka tidak mengeluh dan tetap bersabar. Dunia ini luas, macam² tahap kesabaran manusia. Tapi, lain orang, lain kesabarannya.

Gambar Hiasan

Macam aku pula, masa baru kahwin dulu kerap juga suami yg bangun dulu awal pagi. Dan kejutkan aku. Kiranya dia terpaksa tunggu aku buat sarapan, kerap juga dia sapu sendiri roti dan choc/ peanut butter tanpa menunggu sarapan aku sediakan. Pokok-pangkalnya diri masing². Samaada nak senangkan isteri atau nak susahkan isteri. Begitu juga kita isteri. Give and take kata orang.

Itulah hasilnya bila kita tidak mencontohi Rasulullah SAW dan isteri² baginda. Nasihat ni untuk diriku sendiri juga. Bukan mudah untuk menjadi isteri terbaik dan suami terbaik, apatah lagi jika kita tidak mengamalkan suruhan agama. Apapun, janganlah pasal lempeng pun isteri dipijak leher. Muhasabah diri.


No comments: