March 04, 2015

Ternyata Murkesh Singh Ini Perogol Berhemah?

Siapakah lelaki yang aku maksudkan itu? Murkesh Singh adalah salah seorang diantara enam perogol yang telah merogol dan membunuh seorang wanita pelajar perubatan di India tidak lama dahulu, tahun 2012. Wanita dibawah bersama teman lelakinya menaiki bas lalu dirogol sekumpulan lelaki didalam bas tersebut sebelum dicampak keluar dari bas tersebut. Manakala teman lelaki wanita ini pula dicederakan.


Melalui gambar di atas, pada pandanganku cantik wanita ini. Semua gambar mangsa, gambar demonstrasi di India. New Delhi khususnya, dan gambar wajah penjenayah perogol ini aku petik dari portal berita diseluruh dunia yg melaporkan kisah tersebut. Statement dari lelaki ini pasti sangat memualkan dan menimbulkan kebencian dihati para wanita. Namun terselit kebenaran walaupun pahit untuk diterima. Apapun, itu bukan alasan untuk merogol.

Mukesh Singh. - Foto ihsan BBC

Memang benar, wanita mesti menutup aurat. Tapi lelaki juga memainkan peranan agar mengawal nafsu mereka. Apakah wajar alasan "wanita yg dirogol jangan melawan supaya tidak dibunuh" ? Jadi, kamu fikir kamu boleh merogol wanita sesuka hati dan melepaskan wanita tersebut selepas diperlakukan seperti binatang? Alangkah dangkalnya cara berfikir.

Berita penuh mengenai kejadian rogol 3 tahun lalu.

NEW DELHI - Seorang pelajar perubatan yang dirogol beramai-ramai tanpa perikemanusiaan di sini meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam dengan para pemimpin India merayu orang ramai agar bertenang dan tidak melakukan bantahan jalanan yang ganas. Polis mengadakan kawalan ketat di pusat bandar raya ini selepas berita kematian pelajar berusia 23 tahun itu tersebar.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi semalam setelah menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak dua hari lalu. Dia dibawa ke hospital berkenaan yang memiliki kepakaran dalam melakukan pembedahan pemindahan organ itu pada Khamis lalu selepas dirawat selama 10 hari di sebuah hospital di ibu kota India di sini.

Mengetuai penghormatan kepada pelajar itu yang tidak didedahkan identitinya, Perdana Menteri Manmohan Singh berkata, beliau memahami gelombang tunjuk perasaan yang tercetus susulan kejadian pada 16 Disember lalu. "Kita telah lihat emosi dan kemarahan rakyat susulan insiden ini," kata Manmohan dalam satu kenyataan.

"Kita faham reaksi sebegini daripada golongan muda di India dan warga India yang benar-benar mahu perubahan dilakukan," tambahnya.


Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember lalu. Bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mangsa turut diserang menggunakan sebatang besi sebelum dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak bersama kawan lelakinya.

Polis dan pihak pendakwa raya memberitahu, pada hari kejadian, kedua-duanya baru keluar dari sebuah panggung wayang. Rakan lelakinya turut diserang dalam insiden tersebut. Menurut pihak berkuasa, bas bercermin gelap itu berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan polis sebelum kedua-dua mangsa dicampak keluar dari kenderaan berkenaan.

Mayat pelajar itu dijangka diterbangkan ke India lewat semalam dengan diiringi oleh ibu bapanya yang berada di sisi mangsa semasa dia menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

"Dia mengalami kegagalan organ ekoran kecederaan serius pada badan dan otak," kata ketua eksekutif hospital berkenaan, Dr. Kelvin Loh. "Mangsa cekal dan terus berjuang untuk hidup tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk diatasi." tambahnya.


Kejadian rogol beramai-ramai berlaku setiap hari di India dengan ramai mangsa enggan membuat laporan polis kerana kurang percayakan sistem perundangan negara di samping bimbangkan reaksi negatif daripada pegawai polis lelaki.

Namun, serangan amat kejam itu menyebabkan kemarahan orang ramai menggelegak dan mendorong pemerintah menjanjikan keselamatan lebih baik kepada wanita serta hukuman lebih berat untuk jenayah seks.

Pihak polis pula dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan protes berkaitan serangan berkenaan termasuk kerap menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Dalam perkembangan berkaitan, enam lelaki yang ditangkap berhubung serangan itu didakwa kerana membunuh semalam dengan mereka berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa amat bersedih dengan kematian anak perempuan mereka. "Namun, mereka berharap kematiannya akan menjadi titik-tolak kepada masa depan yang lebih baik untuk wanita di sini dan India keseluruhannya," kata Raghavan. - 2012 - Agensi - petikan carigold.com



Berita mengenai hukuman yang dikenakan kepada perogol-perogol tersebut.

NEW DELHI – INDIA. Mahkamah India, menjatuhkan hukuman mati ke atas empat individu selepas didapati bersalah merogol dan membunuh pelajar perubatan berumur 23 tahun di New Delhi, Disember lalu.

Hakim Yogesh Khanna, perbuatan kejam dilakukan Mukesh Singh, Vinay Sharma, Akshay Thakur dan Pawan Gupta yang telah mencetuskan bantahan di seluruh negara itu sewajarnya dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Ketika keputusan diumumkan, salah seorang tertuduh, Vinay Sharma turut menangis sekuat hati.

Mereka dijangka mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, keluarga mangsa berterusan menggesa hukuman mati dikenakan ke atas mereka selepas tertuduh kelima hanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana, minggu lalu. 2013 – CNN - carigold.com




Kenyataan Murkesh Singh rogol adalah salah wanita.

NEW DELHI - INDIA. Salah seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan bunuh pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

Melalui satu temuramah dengan BBC, Mukesh Singh memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.

"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh.

"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.

"Perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam. Kerja rumah adalah kerja perempuan, bukan pergi disko dan bar sambil memakai baju tidak sopan," kata Mukesh tanpa sebarang riak penyesalan.

Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati akan memburukkan lagi keadaan.

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh. - 4 Mac 2015 -sinarharian.


Di atas adalah antara berita-berita yg aku petik. Baguslah perogol² diseluruh dunia ini dikenakan hukuman seberatnya. Itulah selayaknya untuk manusia yang bersifat lebih hina dari haiwan. Setidaknya haiwan itu tidak punya akal. Tetapi perogol² pula, punya akal tapi dicampakkan akal tersebut jauh ke tapak kaki.

Betapa indahnya Islam menggariskan agar wanita menutup aurat. Tidak keluar kemana² bersendirian. Apatah lagi dimalam hari. Kerana itulah benteng untuk menyelamatkan diri serta melindungi diri kita dari bala bahaya. Sekaligus membezakan kita dengan wanita bukan Muslim. Agar mudah dikenal sebagai wanita Islam yang baik².

Ingatkan bagaimana kisah seorang wanita muslim yg menutup aurat di US terselamat dari jenayah rogol dan bunuh? Sedangkan wanita dibelakangnya menjadi mangsa rogol tersebut. Hanya kerana berkat dia menutup aurat. Allah lindungi wanita tersebut. Perogol tersebut sendiri mengakui wanita itu tidak jalan sendirian, tapi ada dua lelaki berbadan tegap yg menemaninya dikiri dan kanan wanita tersebut. Sebab itulah dia tidak berani untuk mengapa-apakan wanita muslim tersebut. Allah SWT Maha Mengetahui mengapa kita disuruh menutup tubuh kita dan berpakaian longgar? Nafsu lelaki itu hanya satu....Wanita.

Jika telah menutup aurat, tapi masih tetap dirogol? Itu bukanlah salah diri kita. Tetapi sistem perundangan yg lemah dan tipisnya iman seseorang itu. Kembalilah pada agama, pasti hidup akan aman dan selamat.

No comments: