March 13, 2015

Wanita Bangga Aswad Ceraikan Isteri Kerananya

Tak terkata! Siapa Aswad? Aku pun tak tahu. Pada pertama kali aku membaca dan menatap gambar viral dibawah perasaan bercampur baur. Marah? Geram? Meluat pada wanita yg tidak tahu malu ini? dan juga simpati pada bekas isteri lelaki yg bernama Aswad ini? Bagaimana seorang wanita tergamak berkongsi gambar seperti ini dan meluahkan kata² tanpa sikit pun menjaga hati wanita lain?


Aku tidak tahu apa yg dilalui oleh mereka. Aku tidak tahu masalah yg menimpa rumahtangga lelaki ini dan isterinya. Dan aku juga tidak tahu sejauh mana hubungan wanita ini dengan suami orang hingga sanggup lelaki ini menceraikan isterinya. Hanya mereka saja yg tahu apa yg mereka lalui. 

Aku tidak memihak sesiapa. Aku hanya ingin mengomel berdasarkan apa yg dicoretkan oleh wanita ini. Tak tahu juga sejauh mana kebenaran gambar dan kata² ini, apatah lagi dizaman fitnah ini. Cuma ada pengajaran yg dapat kita perolehi dari isu ini, tidak kira sama ada ianya benar atau tidak.


Pertama sekali, jangan sekali² berkongsi gambar mesra berpelukan berciuman dan seangkatan dengannya agar gambar anda tidak disalah guna, walaupun gambar tersebut adalah dengan suami atau isteri anda. Islam ada adab, walaupun sudah sah menjadi suami-isteri kita tetap perlu beradab berkongsi gambar mesra agar tidak menimbulkan fitnah dan dosa. Belajarlah, jika kita tidak tahu adab didalam Islam.

Kedua, jika benar gambar ini original si pelaku atau perosak rumahtangga orang, dan adalah tulisan wanita ini sendiri maka anda sebenarnya sedang menempah caci-maki dan kejian yang tak berkesudahan. Berpunca dari diri anda sendiri yg terlalu bodoh berkongsi sesuatu yg tidak harus anda kongsikan.

Melalui ayat dan bahasa yg anda coretkan itu, jelas anda layak mendapat kutukkan langit dan bumi. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika hidup anda tidak tenang dan bahagia selepas gambar ini tersebar luas. Sebab anda sendiri minta dimaki dan dicaci.


Semoga pasangan didalam gambar ini mendapat hidayah jika benar seperti apa yg dikata. Semoga bekas isteri lelaki ini mendapat jodoh yang lebih baik dari lelaki ini, Insyaallah. Perpisahan memang memeritkan, tapi boleh jadi Allah mahu gantikan suami yg lebih baik kepada bekas isteri lelaki ini.

No comments: