April 24, 2015

Dulu Seri Kembangan kini Seri Kembangan

Salam rindu buat pembaca Milokaw yg budiman lagi kacak dan jelita. Cheewah, puji melambung gitu. Mengikut statistic di Milokaw, pembaca blog ini ramai terdiri dari wanita, iaitu lebih 60%. Manakala lebih kurang 40% lagi adalah lelaki.

Gambar tiada kena-mengena

Jadi, lebih ramai wanita yg menggemari blog Puan Milokaw. Maklumlah, Puan Milokaw pun perempuan kan...mestilah wanita lebih memahami wanita. Jadi, apa kaitannya dengan Seri Kembangan kak suzi oii?

Ok, tanpa membuang masa mengomel panjang2, Insyaallah dalam sehari-dua ni aku akan berpindah ke negeri Seri Kembangan. Tidak lagi duduk di negeri Kajang ni. Nampaknya sireh pulang ke gagang telefon. Memandangkan dulu, aku pernah menetap di Seri Kembangan lebih lima tahun.

Petang tadi, aku dah ambil kunci rumah tersebut. Dah buat pembayaran penuh dua bulan deposit, utility, dan sewa pun. Tapi tak ada upah agen, sebab berurusan terus dengan tuan rumah. Tanpa agen. Kalau tak, membazir nak bayar kat agen.

Sekarang cuma tunggu lori angkut barang2 pula. Syukurlah tak banyak pun barang yg perlu dipindahkan. Aku bukan pengumpul harta Ahmad Albab yg punya mahupun harta Qarun. Jadi, Insyaallah tak pening banyak barang.

Cuma yg menjadi sedikit penantian tu ialah Streamyx. Nak pindahkan streamyx dari Kajang ke Seri Kembangan. Tak tahu ambil masa berapa lama? Aku call hari tu TM cakap seminggu. Tapi, bila aku baca dalam blog dan forum, ada kes lebih dari seminggu, malah berminggu. Tapi bil tetap jalan walaupun belum disambung dan tiada liputan. Apalah TM...kalau betul, tak baguslah macam tu.

Tapi, itu pengalaman orang lain....pengalaman aku, belum tahu lagi. Aku belum pergi TM Point untuk mohon pindah streamyx, cuma berbual melalui telefon saja. Insyaallah hari Isnin nanti baru pergi, semoga dipermudahkan segala urusan. Tengoklah berapa lama TM akan settlekan permohonan tersebut. Kalau masa aku nak langgan streamyx dulu, pagi pergi TM point Cyberjaya mohon, petang terus teknisyen datang ke Kajang pasang. Excellent  you :) Thumbs up. Pindah streamyx tak tahulah servicenya bagus ke tidak.

Oklah, stop sini dulu. Insyaallah bertemu kembali dilain coretan.

No comments: