April 13, 2015

Hari Yang Sibuk Dan Penat

Dah lama Puan Milokaw tak meluangkan masa untuk blog ni. Berhabuk you all. Fuuhh. Tiup sikit. Sebetulnya, aku sangat sibuk tiga-empat minggu ni. Banyak urusan yg perlu diselesaikan. Hampir setiap minggu tak ada masa nak goyang kaki dirumah.


Aktiviti biasa berkumpul dan makan-makan bersama kakak, dan adik-beradikku pun turut terjejas. Clixsense pendapatan online pun, aku jarang log in. Sekarang dalam proses nak pindah rumah, mungkin tak stay di Kajang lagi dah. Tak pasti stay jajahan mana pulak.

Kalau boleh nak cari rumah biarlah yg dekat dengan MMU tempat kerja. Insyaallah. Kalau sekarang nak ke tempat kerja dari Kajang ni, lebih-kurang 40 minit. Termasuk jem. Malah kena tol pergi dan balik kerja. Jadi, teringin nak cari rumah lebih dekat dengan Cyberjaya. Macam dulu, duduk Seri Kembangan. Wpun jem teruk tapi dekat dan tak ada tol. Aku suka.

Jangan hairanlah kalau Milokaw ni tidak berupdate. Dan jarang ada artikel. Mood sibuk tidak mengizinkan untuk aku berceloteh panjang. Idea dan semangat mengarang pun hilang bersama kepenatan.

Insyaallah, bila segalanya dah selesai diuruskan, tak penat, dan mood tenang, aku akan kembali memberi sentuhan yg menarik pada Milokaw kesayangan ramai ni. (Perasan betul). Tak apalah perasan pun, tu kan reverse phsycology. Wlaupun cuma seorang-dua pembaca setia, anggap jer ramai. Itupun dah cukup bagus bagi Puan Milokaw....sayang you olls. Sehingga berjumpa lagi, Insyaallah.

No comments: