April 04, 2015

Gambar Nahas Helikopter Tan Sri Jamaluddin Jarjis Terhempas

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Takziah kepada semua keluarga serta rakan-taulan mangsa yg terbunuh dalam insiden helikopter terhempas di Semenyih ini. Kesemua enam penumpang termasuk bodyguard, pilot, dan dato-dato serta Tan Sri Jamaluddin sendiri terbunuh.



Berita ini pasti amat menyedihkan keluarga mangsa khususnya, serta para pemimpin dan penyokong2 Barisan Nasional. Tan Sri Jamaluddin merupakan salah seorang ahli parlimen bahagian Rompin, Pahang.







Bawah, sedutan berita kejadian dari Bernama.

KUALA LUMPUR, 5 April -- Jasad Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan
Datuk Azlin Alias yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam telah dikenal pasti.

Menurut Pejabat Akhbar Perdana Menteri dalam catatan terkini di laman Twitter pada 7.47 pagi ini, jenazah kedua-dua mereka akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk urusan pengebumian pagi ini.
Ini adalah kali pertama berita mengenai kematian mereka disahkan secara rasmi.


Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Allahyarham Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.

Bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang sabtu.


Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.

Kesemua mayat, yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti.

No comments: