April 08, 2015

Suami Potong Kaki Isteri Kerana Cemburu

El Rancho (Honduras): Seorang suami memotong kedua-dua kaki isterinya selepas mengesyaki wanita itu curang.

MARCIO Salazar ketika ditahan. Gambar kanan, Heydi di hospital.

Lelaki berkenaan, Marcio Matthew Salazar, 42, bertindak demikian mengguna parang terhadap isterinya, Heydi Waleska Hernandez di kediaman mereka di kawasan pergunungan di sini, Sabtu lalu.

Salazar yang ditahan atas tuduhan keganasan terhadap wanita bagaimanapun memberitahu polis, dia hanya melepaskan geram.

Keadaan sudah terlambat apabila doktor tiba di rumah pasangan itu kerana kecederaan Heydi begitu teruk sehingga tiada harapan untuk menyambung kakinya semula.

Wanita itu kehilangan kaki kanan dari tengah tulang kering dan kaki kiri dari buku lali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015

No comments: