May 31, 2015

Mayat Bawah Lantai Rumah Teres Kepong Mayat Budak Lelaki

Akhirnya terjawab mayat yg ditanam dilantai dapur sebuah rumah teres di Kepong ini. Semoga penjenayah kejam yg membunuh kanak-kanak ini menerima balasan setimpal.

Dibawah adalah antara komen dalam facebook ketika metro melaporkan tentang pembunuhan yg masih belum terjawab sebelum ini. Betul lah apa yg mereka kata mayat kanak2.

Gambar myMetro
 
NiKz NikKy: Sy trjaga pg2 buta ni & trbca headlines psl kes ni...sy pn ada trbca komen2 abg ni kt page lain,headline sma...abg ni crita dia pnh nmpk budak slalu kuar ikut pintu blakang dapur mngsa tu sbelum ni...dia pelik budak tu slalu kuar masuk ikut pintu blakang wktu senja shj...dia crita kt wife dia...wife dia takut nk ke dapur...prasaan pelik abg ni trbongkar hri ni slepas pnemuan mayat...so,abg ni yakin la apa yg dia rsa pelik sbl ni rupanya ada kaitan dgn penemuan tu...rumah taman teres kan mmg dapur slalunya brtentangan dgn dapur rumah lain...mestilah abg ni tahu & boleh agak penyewa rumah sbl tu siapa sbb dia jiran...mgkn penah berborak ke sbl ni,itu kemungkinan la(bg jiran yg peka)...apapun boleh fhm la apa abg ni cuba smpaikn sbb kisah ni pn lebih kurg mcm dlm filem seram...lgpun ni baru laporan awal...slebihnya biarla pihak brwajib siasat dulu & kita semua tgu laporannya*
Like · 85 · Yesterday at 04:51

Gadis Jelieta II: Jiran deret rumah.. penyewa dulu tu cina sabah,selalu sgt begaduh laki bini.. lama dah pindah.. smlm blk kje habis kena kepong dgn polis dri ptg smpai mlm..
Like · Reply · 15 · Yesterday at 09:26
 
Raziqirfan Danial: berhadap dgn dapur rumah saya
cian kanak2 tak berdosa tu
Like · Reply · 48 · Yesterday at 01:26

Kuala Lumpur: Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong dan ditemui Jumaat lalu adalah mayat budak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, hasil laporan bedah siasat juga mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak lapan minggu lalu.

“Punca kematian serta identiti sebenar mangsa masih belum diketahui berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya.googletag.

Menurutnya, bekas penyewa rumah itu, iaitu lelaki berusia 33 tahun ditahan di Keningau, Sabah pada 7 malam tadi. Bagaimanapun, katanya, isteri serta anak lelaki itu masih belum dapat dikesan setakat ini. “Penahanan itu dipercayai dapat membantu siasatan penemuan mayat berkenaan.

"Ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti hubungan lelaki dan mayat yang ditemui itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Jumaat lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan sebulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 1:09 AM

Update: Berita dari astroawani tentang pasangan suami-isteri yg disyaki membunuh itu disini. Dan Alhamdulillah, berita yg baru aku baca di sinarharian ini pasangan suami-isteri ini telah ditahan oleh pasukan polis Sabah. Semoga mereka berdua akan dikenakan tindakan yg setimpal diatas perbuatan zalim mereka jika benar didapati bersalah.

No comments: